Anak Masih Belajar Solat, Kenapa Perlu Komen Negatif – Nora Danish

Hiburan

Anak Masih Belajar Solat, Kenapa Perlu Komen Negatif – Nora Danish

Baru-baru ini, pelakon Nora Danish ada berkongsi foto anak lelakinya iaitu Putera Rayqal dan Mohamed Nedrin sedang solat. Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang pelbagai kritikan netizen yang mempersoalkan cara solat mereka. Kata mereka, ianya salah dan tidak sah.

Advertisement

Tidak berdiam diri, Nora tampil bersuara dan menjelaskan anak-anaknya masih lagi dalam proses pembelajaran, tidak perlu kecam.

Dalam Ramadan ini, apa kata kita semua lihat sesuatu perkara itu dari sudut lebih positif dan hentikan komen berbaur negatif. Islam itu mudah. Mereka masih dalam proses pembelajaran.

Orang dewasa pun ada yang tata tertib dalam solat, masih ada kesilapan, kerana kita semua masih belajar. Saya sebagai ibu bersyukur kerana sekurang-kurangnya, mereka mahu untuk bersolat.

Nora turut berpendapat perkongsian tentang agama dan ibadah adalah langkah positif untuk mendorong orang ramai agar rajin melakukan ibadah.

Saya nak sentuh sedikit mengenai sesetengah pihak yang menentang perkongsian mengenai agama di media sosial. Kenapa ada yang beranggapan ia seperti menunjuk? Kalau kita boleh kongsikan mengenai gaya ‘OOTD’, destinasi percutian, makanan dan sebagainya di media sosial, kenapa tidak mengenai agama?

Walaupun ibadat ini sepatutnya rahsia, namun ia bergantung kepada niat masing-masing sama ada nak menunjuk atau untuk memberi dorongan. Sebenarnya, lebih indah kalau dalam Ramadan ini, media sosial kita dipenuhi dengan hal berkaitan keagamaan. Pandangan dari saya yang rendah hati.

Benar apa yang dikatakan oleh Nora itu, anak-anaknya masih lagi belajar dan tidak adil untuk terus mengecam mereka. Cermin dahulu diri sendiri adakah sudah cukup sempurna untuk mengkritik orang lain? Fikirkan..

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...