Anak-anda Ada Masalah Ekzema? Dah Banyak Produk Guna Masih Tak Hilang? Kami Mungkin Ada Jalan Alternatif!!

Hiburan

Anak-anda Ada Masalah Ekzema? Dah Banyak Produk Guna Masih Tak Hilang? Kami Mungkin Ada Jalan Alternatif!!

Siapa ada masalah kulit sensitif, sangat kering atau eczema? Stress kan bila datang rasa gatal tu, asyiklah tergaru-garu! Kita yang dewasa ni pun dah tahu macam mana seksanya bila berkulit kering, apatah lagi kanak-kanak.

Kadang-kadang bila tengok mereka menggaru, sampai menangis-nangis sebab luka dan pedih. Alahai, hati ibu bapa mana yang tahan tengok kan.

Advertisement

Bayangkan kulit baby korang yang putih gebu mulus tu tiba tiba dipenuhi dengan kemerah – merahan seperti radang di sekitar tangan, muka, leher dan siku. Dah la baby kecil lepas tu sistem imun pun tak kuat lagi dah kena tanggung derita kegatalan dan kulit kering kat setiap badan. Ini jelas simpton eczema.

Haa..jangan runsing-runsing, jom baca antara alternatif lain yang anda boleh cuba untuk melegakan masalah kulit kering dan eczema pada si manja. Selamat mencuba!

1. Jaga Pergerakan Anak ( Jangan Bagi Menggaru )

Salah satu cara nak elakkan kemerahan dekat baby korang makin melarat adalah dengan pakai sarung tangan baby ataupun kerap membedung supaya pergerakan bayi terbatas daripada biasa.

2. Gunakan Cadar, Pakaian dan Tuala yang “Natural”

Satu lagi tips yang tidak mendapat tumpuan ramai adalah penggunaan cadar, pakaian dan juga tuala yang mempunyai kandungan terjamin keasliannya. Cara paling mudah untuk memastikan kandungan cadar, pakaian ataupun tuala mandi adalah dengan memeriksa label di belakang. Ingat, bila anda cuci pakaian budak-budak yang mempunyai ekzema, pastikan anda menggunakan pencuci yang “mild” dan mengandungi bahan-bahan yang tidak akan melaratkan kondisi kulit.

2

3. Elakkan Anak Berjemur di Bawah Cahaya Matahari

Ekzema ni paling senang dijangkiti pada kanak kanak yang ada kulit sensitif. Jadi, kalau dibiarkan berjemur pada cuaca panas, bila berpeluh, kulit mereka akan kering dan gatal. Bila garu, kulit mereka ni akan jadi lebih teruk dan mungkin boleh berdarah. Kalau boleh bagi tempat yang redup untuk mereka bersantai

Selain 3 tips yang mudah kat atas, cara yang korang takkan pening kepala dengan ekzema ni ialah dengan guna 2 produk Cetaphil yang telah mendapat pengiktirafan dari doctor pakar kulit dan dermatologi. Jom kita tengok.

Skin Restoring Body Wash ( Cetaphil Restoraderm)

3

Cetaphil Restoraderm adalah rangkaian penjagaan kulit pertama dengan teknologi Filaggrin™ untuk membantu menangani masalah kulit kering dan sering gatal. Ketika mandikan si kecil, lumur badan anak korang dengan Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Wash.

Sedikit fakta saintifik mengenai teknologi Filaggrin ialah ia sebenarnya sejenis protein yang penting untuk memastikan kulit anda sentiasa lembap dan dilindungi melalui Faktor Pelembap Semula Jadi dalam kulit kita.

4

Anak-anak yang sering mengalami kulit gatal kemungkinan besar mengalami kekurangan gen yang bertanggungjawab menghasilkan Filaggrin™. Dengan kekurangan Filaggrin™ ini, kulit seringkali kehilangan air atau penyahidratan.

5

Lepas tu, sapu Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Moisturizer supaya badan si manja lembap setiap masa.

Mungkin ada yang risau sebab yang selalu kena eczema ni adalah bayi. Dengan Cetaphil Restoraderm, korang tak perlu risau dah. Paling penting, Cetaphil Restoraderm bebas daripada parabens, sabun dan juga steroids malah selamat untuk bayi seawal 3 bulan.

Selain disyorkan oleh para doctor secara klinikal, satu kajian yang melibatkan ibu bapa dengan anak mereka yang alami eczema telah dilakukan selama 4 minggu berturut turut. 8 daripada 10 orang keluarga yang menyertai kajian tersebut ingin terus setia mengamalkan penggunaan Cetaphil Restoraderm.

Namun, sekiranya masalah kulit si manja berterusan dan serius, sila dapatkan nasihat daripada doctor pakar.

Untuk maklumat lanjut tentang Cetaphil Restoraderm, korang boleh klik link di bawah

Website: https://cetaphil.com.my/ms/restoraderm-ms/
Facebook: https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia/
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=cEfws_6Oans



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...