Alyah Redha Belum Diberikan Rezeki Untuk Timang Cahaya Mata

Hiburan

Alyah Redha Belum Diberikan Rezeki Untuk Timang Cahaya Mata

Empat tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, penyanyi Alyah akui beliau sememangnya teringin untuk mempunyai anak tetapi sudah ditakdirkan buat masa ini mereka belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Advertisement

Alyah memberitahu, sebelum ini beliau tertekan apabila sering ditanya tentang soal zuriat, tetapi kini beliau redha dengan ketentuan Allah SWT. Walaubagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan terus berdoa agar satu hari nanti beliau dapat bergelar ibu.

Awal dahulu, memang saya akui agak tertekan sehingga sering bertanyakan diri sendiri, kenapa belum dikurniakan anak. Saya tidak mahu lagi situasi itu berlaku kerana ia seolah-olah saya mempersoalkan kerja Tuhan.

Saya dan suami sudah membuat pemeriksaan kesihatan dan ternyata kami berdua sihat tetapi mungkin belum ada rezeki. Jadi, saya hanya mampu bersabar dan berdoa sahaja.

Pengalaman pahit di masa lalu mengajar Alyah unutk menjadi seorang wanita yang lebih sabar dan bersyukur dengan apa yang sudah ditentukan oleh Tuhan.

InshaAllah, berkat doa Alyah, siapa tahu satu hari nanti Allah SWT akan memakbulkan hasrat beliau untuk menimang cahaya mata sendiri. Tiada apa yang mustahil, asalkan jangan berputus asa dan berusaha.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...