Alyah Dituduh Biadab Pulang Sebelum Konsert GV 6 Berakhir

Hiburan

Alyah Dituduh Biadab Pulang Sebelum Konsert GV 6 Berakhir

Bukan mudah sebenarnya untuk melihat penyanyi Datin Alyah dan suaminya, Datuk Ramli MS dalam satu program yang sama. Jadi, apabila Alyah muncul sebagai penyanyi jemputan di konsert Gegar Vaganza minggu lalu, ramai peminat yang teruja dan kalau boleh mahu dia terus menemani suaminya itu sepanjang program tersebut berlangsung.

alyah biadab

Advertisement

Namun, ada seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan tindakan Alyah yang pulang lebih awal sebelum konsert berakhir dan menyifatkan penyanyi itu sebagai biadab kerana pulang ketika peserta GV 6 sedang membuat persembahan.

Tidak hanya berdiam diri, Alyah tampil membalas komen melampau itu dan menjelaskan dia mempunyai urusan lain yang harus diselesaikan dan turut menegaskan kemunculannya dalam rancangan berkenaan hanya sekadar memenuhi undangan persembahan untuk segmen pembukaan.

alyah biadabdatin alyahSejujurnya tiada salah pun jika Alyah hendak pulang lebih awal kerana mempunyai alasan munasabah dan komitmen lain, apa yang penting tugasnya pada malam konsert GV itu sudah pun dilaksanakan. Janganlah terlalu terburu-buru menghukum orang lain.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...