Almy Nadia Bengang Serta Kecewa Dipanggil Gemuk Dan Hodoh

Hiburan

Almy Nadia Bengang Serta Kecewa Dipanggil Gemuk Dan Hodoh

Pelakon Almy Nadia sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, ramai juga yang tidak tahu beliau bakal menimang cahaya mata ketiga bersama Fizz Fairuz dan kini kandungannya sudah memasuki enam bulan.

Advertisement

Tentu sekali seorang wanita mengandung fizikal mereka akan berubah dan sedikit berisi kerana hormon yang tidak stabil, namun ada seorang peminat yang tidak tahu Almy sedang hamil telah mencemuh beliau semakin gemuk dan hodoh.

Tidak boleh menahan rasa amarahya lagi, Almy menerusi akaun Instagramnya meluahkan betapa bengangnya beliau apabila dikritik peminat tersebut. Menjelaskan tindakan beliau itu, Almy berkata artis juga mempunyai perasaan, cubalah berfikir sebelum mengatakan sesuatu.

Kejadian berlaku ketika saya bertembung dengan peminat ketika terbabit dalam acara di Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Saya berasa marah kerana peminat terbabit menghina bentuk badan saya secara terbuka mendakwa saya nampak gemuk dan hodoh sekarang.

Sebagai artis, saya sendiri tidak berani menegur orang sesuka hati tanpa memikirkan perasaan dan situasi mereka. Bagi saya, artis orang biasa dan kami juga memiliki perasaan malu dan sensitif sama seperti orang lain.

Kesian Almy, dari dahulu sehingga sekarang isu berat badannya terus menjadi bahan jenaka dan cemuhan. Hanya mereka yang pernah bergelar ibu sahaja akan tahu betapa sukarnya untuk kembali langsing selepas bersalin.  Sabarlah Almy, jangan tertekan ya.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...