“Allah Bayar Cash..” – Individu Lapor Polis Atas Dakwaan Suhaimi Saad Persenda Kematian Ahli Keluarganya

Hiburan

“Allah Bayar Cash..” – Individu Lapor Polis Atas Dakwaan Suhaimi Saad Persenda Kematian Ahli Keluarganya

Tak lekang dek kontroversi, bekas penyanyi Nasyid, Suhaimi Saad sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dia didakwa telah mempersendakan kematian seorang individu yang meninggal dunia semasa pandemik. Kesan daripada itu, keluarga Allahyarham itu bertindak membuat laporan polis, semalam.

BACA: “Simpan Kau Punya B*doh Dan B*ngai Tu..” Suhaimi Saad Bidas Kenyataan Catriona Ross Isu Balik Kampung Ketika PKP

Advertisement

Hal itu disebabkan oleh hantaran yang dibuat Suhaimi di laman Facebooknya yang membalas status tentang kematian Arwah. Selebriti itu dilihat menghina Allahyarham Datuk Zulkefli Nordin selain turut meluahkan rasa syukur atas pemergian individu berkenaan pada 13 Jun lalu.

“Dia dah mati. Alhamdulillah. Allah bayar cash (tunai). Kalau Allah bayar cara hutang lagi berat.”

suhaimi saad

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook bernama Amalina Farhana iaitu anak kepada Allahyarham Datuk Zulkefli Nordin yang turut mendedahkan beberapa individu termasuk Suhaimi telah memfitnah ayahnya meninggal dunia disebabkan suntikan vaksin.

“Yang meninggal tu ayah saya, arwah baru meninggal semalam (kelmarin). Tindakan susulan telahpun dibuat kepada pemfitnah. Mohon laporkan kalau jumpa.”

Tulisan Suhaimi itu nyata mengundang kecaman ramai selain ada yang turut menyifatkan tindakannya itu sebagai biadap dan tidak sensitif terhadap kematian Allahyarham.

Walaubagaimanapun, Suhaimi dilihat telah membalas status berkenaan mengatakan sudah pun memadam status berkaitan Allahyarham, tetapi menyerahkan kepada pihak keluarganya andai ingin meneruskan tindakan lanjut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...