Aliff Syukri Sedih Radio Tidak Mahu Siar Lagu Nyanyiannya

Hiburan

Aliff Syukri Sedih Radio Tidak Mahu Siar Lagu Nyanyiannya

Sudah mengeluarkan beberapa lagu sebelum ini, bakat nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dikecam teruk oleh netizen. Lebih sadis lagi, Aliff meluahkan rasa sedih apabila lagu nyanyiannya tidak disiarkan di radio mahupun televsiyen.

Advertisement

Betapa kecewanya Aliff bakatnya itu seakan tidak dihargai di negara sendiri.

Menyanyi ini hobi saya dan akan terus menyanyai kerana saya masih relevan. Walaupun orang mengecam tapi mereka masih tengok. Contohnya lagu Jom Raya hingga mendapat jumlah tontonan yang tinggi di YouTube sehingga menjana pendapatan RM25,000.

Tapi saya sedih, sebab televisyen dan radio tak nak mainkan lagu saya! Saya pun macam penyanyi lain, tapi orang tak nak sokong sedangkan ketika di luar negara orang sokong dan taja makanan, hotel saya.

Walaupun menerima kecaman dan bakatnya tidak dihargai, Aliff nampaknya tidak serik dan bakal menyanyikan lagu genre dangdut pula selepas ini.

Kata orang bila banyak duit, semua benda kita boleh lakukan. Namun, bakat tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan haruslah terbuka menerima kritikan dan komen sekiranya orang ramai tidak suka dengan sesebuah lagu dan gaya nyanyian. Kalau tidak kena dengan selera pendengar, hendak buat macam mana? Takkan hendak memaksa pula kan? Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...