Lagu Bobo Dimana nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna dipenuhi dengan pelbagai kontroversi. Bukan sahaja dikecam kerana penuh unsur lucah, lagu tersebut juga dikatakan diciplak.
Malah, penyanyi Rap Indonesia, Roy Ricardo yang merupakan pemilik asal lagu Semalem Bobo Dimana sudah memuat naik satu video mengenai isu tersebut. Menurut Roy memang benar lagu Bodo Dimana menggunakan melodi serta lirik yang sama dengan lagunya itu yang sudah terlebih dahulu popular sekitar tahun 2014.
Pada masa yang sama, Lucinta Luna juga menafikan isu ciplak itu dan mendakwa penyanyi rap itu sengaja ingin meraih perhatian dan menumpang populariti lagu Bobo Dimana yang sudah viral.