Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi dan pelakon Bella Astillah membuat Live di Instagram bersama bekas suami Aliff Aziz. Rata-rata netizen sudah meluat dengan aksi mereka berdua dan mengatakan Bella hanya ingin meraih publisiti murahan.
Bella bagaimanapu menjelaskan, tiada salahnya untuk dia berbuat demikian kerana ia adalah salah satu cara untuk dia memulihkan semangat bekas suaminya itu. Tidak timbul langsung isu rujuk semula.
Netizen ada pendapat masing-masing tapi saya tak kisah mereka tak selesa sebab kalau tak suka, boleh sahaja meninggalkan IG Live kami. Lagipun, saya tak nak orang kata saya membenci Aliff.
Dia perlukan sokongan, memang dia ada keluarga tapi apa salahnya saya beri sokongan dan semangat memandangkan dia tetap ayah kepada anak kami.
Menurut Bella, apa yang berlaku sebelum ini membuatkan Aliff hilang keyakinan diri. Bagaimanapun dia sedang berusaha untuk berubah dan mendekatkan diri dengan agama.
Alhamdulillah, saya lihat keadaan Aliff semakin baik dan dia ada masuk kelas agama serta mengaji. Bagi saya, ia sesuatu yang baik dan boleh mendorong ke arah kebaikannya juga.
Apabila kita buat baik, sudah tentu Allah akan balas dengan benda baik. Tapi itu saja yang saya tahu mengenai dia.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean. Namun, selepas Aliff beberapa kali berlaku curang, mereka akhirnya bercerai pada 16 Mei lalu.

Anonymous
September 26, 2019 at 9:58 pm
sbb mulut bella lah dh berapa pompuan kene serang sbb aliff… last2 nmpk sgt bella yg gatal pepet.. pompuan lain yg kene gosip sume elok move on… si janda plak yg berair mulut & pepet backup bekas laki…
si janda pd suami yg curang lah pulak terhegeh2 bergesel dgn bekas suami.. baru jer berapa bulan jd janda dh kehausan batang jantan…
safinaz
September 26, 2019 at 5:32 pm
TRUE
yun
September 26, 2019 at 3:42 pm
Please hati2 ye, my experience.. ex hubby akan buat2 alim ataupun dah bertaubat solat semua sebab nak ambil hati kita …bila kita dah tertipu dengan lakonan dia, bersama dengan dia semula…dia akan buat balik perangai dia yang dulu….nanti menyesal lagi…..
jemah
September 26, 2019 at 3:27 pm
ko cakap jelah ko rujuk blk. bagi hint dia brubah lah apalaaahh… keccccoooohhh!!
Anonymous
September 26, 2019 at 3:16 pm
dulu netizen byk ckp tingglkan laki kau sbb perangai dia mcm tu, netizen ckp suruh tinggalkan sbb bekas suami dh berkali2 kantoi, kami kesian kat kau. Netizen ajar mcm mana nk tinngalkan bekas laki, ada mcm2 bukti itu. Bukti terakhir dgn budak umur 16 ke 17 tahun di hotel yg murah (sbb pdgan nmpk murah). Dari situlah kau buka file nk cerai, dan perceraian sudah selesai.
Skrg buatlah haluan masing2, apa yg mahkamah ckp tntg jagaan anak ikut shj perintah. Yg kau nk ceritakan pada kami yg bekas laki tu dh nk insaf, itu biarlah dia dgn Allah. Tak perlu inform kat kami.
Apa kehendak kau sebenarnya Bella..sudah2 la, dari ada org lain yg nk rapat dgn kau, tetiba tarik diri sbb kau susah nk lupakan.
Belajarlah slow2 lupakan. Kalau suami nk jumpa anak, bawa seseorg sebagai saksi.
Kalau mcm nilah, sampai bila x ada org nk rapat dgn kau, sbb kau asik citer bekas ex shj.