Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aliff Aziz Padam Semua Gambar Bella Astillah Di Instagram

Kemelut rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah masih belum reda. Semalam, Bella sekali lagi mendedahkan suaminya itu ‘kantoi’ curang lagi bersama orang lain pula. Ada individu yang mendakwa melihat Aliff di Johor di dalam kereta bersama seorang wanita beberapa hari lalu.

Advertisement

Pendedahan yang dibuat Bella itu sekali lagi membuatkan netizen terkejut dan mengundang pelbagai kecaman terhadap Aliff. Mereka juga menasihati Bella untuk terus bangkit dan jangan lagi terus menyakiti diri apabilah kesetiaannya dibalas dengan pengkhianatan beberapa kali.

Terbaru, Aliff dilihat telah memadam semua gambar bersama isterinya di Instagram sedangkan sebelum ini beliau ada memuat naik gambar Bella beserta ucapan hari lahir istimewa dan ‘sweet’ buat wanita itu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang penjelasan lanjut daripada tuan empunya badan. Apa-apa pun, kita doakan agar masalah yang mereka hadapi dapat diselesaikan secara baik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

71 Comments

  1. Anonymous

    March 26, 2019 at 2:04 pm

    Si Alep ni kalau kat singapore level2 mat rempit je.. mana laku dia kat sana… kt malaysia ni jela si bella & artis baru nk up pandang mamat ni…

  2. jemah

    March 26, 2019 at 1:47 pm

    spesies aliff ni dah tak boleh dibentuk. buat dan buat lagi.
    dah sampai buang gambar bini tu, faham2 la. maknanya dia dah malas melayan drama kau kat ig & buang kau cam sampah.
    so, apa lagi tak perlu tunggu, blah je. nak fikir psl anak, tapi hati sendiri yg sakit, takpayah lah stay bella oi. Jaga hati sendiri aje.
    Mesti hidup lebih tenang & happy.

  3. faraj

    March 26, 2019 at 1:07 pm

    Bosan dh Citer ni Nara….tukar citer lain plak

  4. Anonymous

    March 26, 2019 at 12:49 pm

    betul lah tu cara bella. hidup berumahtangga bagi peluang pertama, kedua.
    ingat senang suka2 hati nak berpisah ???
    tapi lepas ni she is mature enough to make her own decision. let us wait and see

  5. bellow

    March 26, 2019 at 12:08 pm

    sape ler yg rajin baca satu2 komen dalam ni dan dislike.. hahahaha..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top