Aliff Aziz Mengamuk Lagi, Mabuk Dan Tayang Aset Di Tempat Awam

Hiburan

Aliff Aziz Mengamuk Lagi, Mabuk Dan Tayang Aset Di Tempat Awam

Entah apa yang hendak jadi dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, tidak serik terus dihimpit kontroversi. Tidak serik dengan kes pergaduhan sehingga ditangkap oleh polis Singapura sebelum ini, Aliff sekali lagi bikin masalah apabila viral video dia bertengkar mulut dan bergaduh dengan beberapa individu.

aliff aziz mabuk

Advertisement

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di luar sebuah restoran di Singapura kecoh  dimana Aliff melepaskan kemarahannya dengan mengeluarkan beberapa kata-kata kesat.

Mengamuk dan tunjuk alat sulit

aliff aziz mabuk

Dalam video tersebut, Aliff juga dilihat membuka zip seluar untuk menunjukkan kemaluannya sambil mengeluarkan kata-kata tidak senonoh.

Turut kelihatan beberapa individu cuba menenangkannya, namun Aliff tidak dapat mengawal dirinya dan sempat membaling sebuah kerusi ke arah individu yang ditengkar.

aliff aziz tunjuk alat sulit aliff aziz

Terdahulu, pada November 2019 Aliff ditahan polis di Singapura kerana didakwa menganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk. Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas penyanyi itu didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...