Alicia Amin Bantah Pasangan Lesbian Dihukum Sebat Depan Khalayak

Hiburan

Alicia Amin Bantah Pasangan Lesbian Dihukum Sebat Depan Khalayak

Tentu ramai yang tahu dengan berita hangat pasangan kekasih lesbian yang dikenakan hukuman enam kali sebatan di hadapan lebih 150 orang ramai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas dakwaan melakukan hubungan sejenis di dalam kereta sekitar bulan April lalu.

Advertisement

Isu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah model dan pelakon Alicia Amin yang dengan lantang bersuara dan tidak setuju dengan hukuman yang dikenakan terhadap pasangan terbabit.

Pada pendapat saya, hukuman sebegini tak perlu dipertontonkan kepada umum dan dihebahkan ke media serta media sosial. Saya faham tujuan hukuman sebat mengikut undang-undang Syariah, bertujuan memberi pengajaran. Namun begitu, ia akan meninggalkan kesan buruk kepada pesalah dari segi psikologi mereka.

Tidak mahu orang ramai salah faham, Alicia menjelaskan apa yang beliau suarakan itu bukanlah bermaksud untuk menolak hukum Syariah tetapi ingin menegakkan hak sesama manusia.

Kalau sesuatu perkara yang berlaku itu mungkin akan meninggalkan kesan negatif (sebat di depan khalayak), kita perlu bersuara dan bincangkan. Bagi saya, ‘human rights’ sangat penting dan perlu diambil kira. Apa yang saya lakukan adalah satu perkara positif dan patut kita amalkan kerana kita perlu saling hormat-menghormati sesama manusia.

Tidak salah untuk memperjuangkan hak manusia tetapi biarlah kena pada situasinya. Hukuman yang dilakukan bukan berniat untuk memudaratkan tetapi memberi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak mengulangi perkara yang sama.

Sumber Berita : Harian Metro & Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...