Ali Puteh Tidak Izin Aliff Syukri Buat ‘Live’ Jumpa Ibu

Hiburan

Ali Puteh Tidak Izin Aliff Syukri Buat ‘Live’ Jumpa Ibu

Kontroversi tindakan Datuk Seri Aliff Syukri yang berkunjung ke rumah balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah dan dikatakan bertanyakan soalan sensitif berkaitan harta peninggalan arwah secara tidak langsung telah mencetuskan kemelut antara Hidayah dan keluarga Abam.

ali puteh aliff syukri

Advertisement

Semalam, Aliff menerusi satu sidang media telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya itu dan menyatakan dia bersedia untuk bertemu dengan pelawak Ali Puteh dan ibunya untuk menjernihkan keadaan.

Enggan terus memanjangkan lagi kontroversi dakwaan dia ingin membolot harta arwah abangnya, Ali menerima permohonan maaf usahawan kosmetik itu. Bagaimanapun, dia masih tetap dengan pendirian tidak membenarkan Aliff meneruskan niatnya membuat siaran langsung ketika pertemuan mereka.

ali puteh aliff syukri

Masa di sidang media Jumaat lalu, sudah saya katakan yang saya maafkan dia. Antara saya dengan dia tiada urusan lagi, cuma minta dia datang berjumpa dengan ibu dan keluarga.

Seperti yang saya katakan, dia perlu bertemu dan memohon maaf kepada ibu saya tanpa ada kamera. Saya tidak akan membenarkan sekiranya dia ingin merakam atau membuat live. Sebab ini soal maruah keluarga, minta hormat hal keluarga bukan untuk tatapan umum. Cukuplah kami sekeluarga dihina dan dicaci.

aliff syukrli live ali puteh

Terdahulu, Aliff mendakwa dia tidak berniat melaga-lagakan mana-mana pihak dan sedia berjumpa ibu Ali seperti diminta. Bagaimanapun, Aliff tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan siaran langsung di laman sosial semasa pertemuan mereka nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...