Alami Demam Denggi Tahap Bahaya, Noki K-Clique Dikejarkan Ke Hospital Pukul 4 Pagi

Hiburan

Alami Demam Denggi Tahap Bahaya, Noki K-Clique Dikejarkan Ke Hospital Pukul 4 Pagi

Penyanyi rap Noki yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Clique dikejarkan ke Hospital Shah Alam sekitar pukul 4 pagi, Rabu selepas mengalami demam yang teruk.

NOKI
3 years ago

Sakan Tayang 'Body' Di IG, Noki K-Clique Tak Kisah Kritikan Netizen

Advertisement

Noki atau nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji disahkan mengalami demam denggi tahap bahaya. Pada mulanya, Noki berkata dia cuma berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu.

Noki K-Clique

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gila itu mengakui bahawa keadaan kesihatannya kini semakin teruk sehingga menganggu hati dan jantungnya.

Sekarang keadaan saya agak teruk juga sebab kepala tengah pening dan tak boleh berhenti muntah. Pukul 4 pagi tadi saya dimasukkan ke wad.

Noki, 27, menjelaskan badannya mula rasa tidak sihat sejak Jumaat lalu tetapi lama-kelamaan keadaannya semakin teruk dan mengambil keputusan untuk pergi ke hospital.

Melalui hantaran di Instagram, Noki berkongsi beberapa keping gambar dia yang sedang terlantar sakit di sebuah hospital dan berharap orang ramai mendoakan kesembuhannya.

Noki turut memaklumkan suhu badannya naik sehingga 39 darjah celsius dan bacaan platelet darah pula mencatatkan penurunan daripada bacaan normal. Rata-rata rakan artis dan peminat turut mendoakan agar penyanyi itu diberikan kesembuhan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...