Hari ini industri hiburan tempatan tanah air kehilangan lagi satu bintang dalam dunia drama tempatan. Pelakon yang terkenal kerana sering membawakan watak ‘mak cik bawang’ dan ibu iaitu Nor Amisah ataupun lebih dikenali sebagai Nurin Misha telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Allahyarhamah meninggal dunia akibat sesak nafas disebabkan penyakit asma yang dihadapinya. Berita kematian tersebut mula dikongsikan oleh pengarah drama, Eoon Suhaimi menerusi akaun Instagram beliau pada awal pagi tadi. Beberapa rakan artis juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah di Instagram masing-masing.
Jenazah Nurin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bangko, Jalan Kuching. Drama Arafah yang ditayangkan semalam di TV3 merupakan drama terakhir arwah yang disiarkan.
Al-Fatihah dan takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga allahyarhamah Nor Amisah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.