Sudah empat bulan bergelar duda, selebriti Hafiz Hamidun akui terasa peritnya melalui kehidupan selepas bercerai dengan Joy Revfa. Sama seperti orang lain, perasaan sunyi pasti akan terasa di dalam hati apatah lagi melihat rakan-rakan lain bahagia dan sudah berkeluarga.
Orang luar yang melihat, mungkin nampak seperti semuanya mudah. Tapi, untuk saya yang melaluinya, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Bila saya sunyi dan sebagainya, saya akan hubungi ibu dan bercerita banyak benda. Mengenai kehidupan selepas penceraian, ibu dan ayah banyak memberi semangat kepada saya.
Kini, Hafiz sudah bersedia untuk membuka pintu hatinya untuk menerima cinta baru dan mahukan seorang wanita yang memahami dirinya.
Saya tidak ada masalah untuk menerima cinta baru. Tapi, kalau boleh biarlah wanita itu seorang yang memahami diri saya dan tahu apa yang pernah saya lalui.
Setiap manusia memang memerlukan seseorang untuk dijadikan peneman dan tempat untuk meluahkan kasih sayang. Semoga Hafiz bertemu dengan wanita yang sesuai untuk dijadikan suri hatinya.