Aku Syak Jurukamera #AJL32 Crush Dekat Nabila Razali – Netizen

Hiburan

Aku Syak Jurukamera #AJL32 Crush Dekat Nabila Razali – Netizen

Tidak dinafikan nama Nabila Razali mula meniti di bibir peminat sejak gimiknya untuk pelancaran video muzik Pematah Hati menjadi viral. Walaupun ada yang marah kerana rasa tertipu, gimik itu boleh dikatakan berjaya. Walaupun ada yang menjadi haters, ramai juga yang menjadi ngefans Nabila apabila lagu itu mula mendapat pendedahan.

Advertisement

Dan tidak dapat dinafikan wajah yang comel itu memudahkan dia mendapat peminat. Penulis kadangkala terlihat Nabila seperti Neelofa, apatah lagi kedua-duanya bertudung dan bertubuh genit dengan gaya berfesyen yang kadang kala hampir serupa.

Apa yang menarik ialah wajah Nabila sering dipaparkan sepanjang Anugerah Juara Lagu 32 yang berlangsung malam Ahad lepas, sehingga Netizen merasakan jurugambar yang membuat rakaman malam itu sedang crush pada Nabila Razali. Kata Netizen di Twitter:


Apa pun, Nabila memang sedang ngetop di arena hiburan tanah air. Mungkin abang jurukamera sukakan penampilan Nabila dan sukakan juga lagu Pematah Hatinya itu? Begitulah secebis kisah menarik membabitkan Netizen bersempena AJL32. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...