“Aku Depressed” – Dapat Duit Belanja Sekolah RM200 Seminggu Pun Tak Cukup, Netizen Kata ‘Buat Teruk’

Kehidupan

“Aku Depressed” – Dapat Duit Belanja Sekolah RM200 Seminggu Pun Tak Cukup, Netizen Kata ‘Buat Teruk’

Ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak yang masih bersekolah pastinya ingin memberikan yang terbaik dari segi persiapan, pendidikan dan juga kebajikan mereka ketika menuntut ilmu.

Seperti satu perkongsian  yang dimuat naik kembali ke Twitter, ada sesetengah remaja mengeluh kerana diberikan duit belanja persekolahan yang sedikit sehingga menyebabkan mereka berasa murung dan tidak mahu ke sekolah.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, seorang individu berkata dia pernah diberi wang kocek sebanyak RM200 untuk perbelanjaan selama seminggu. Baginya, itu situasi yang sangat teruk dan dia berasa murung disebabkan oleh hal itu.

Perkongsian tersebut telah mengundang perdebatan netizen walaupun pada awalnya, niat individu tersebut hanyalah untuk ‘content’ semata-mata.

Kata netizen, remaja zaman sekarang ‘manja’ dan sering boros selain tidak tahu menyimpan.

twitterSumber : Twitter  

RM200 tak cukup? Salahkan gaya hidup kau. Bapa saya beri RM50 untuk seminggu siap boleh menyimpan lagi.

Selain tidak memikirkan pengorbanan ibu bapa mencari duit di zaman ekonomi yang serba mencabar ini, netizen juga mempersoalkan keperluan untuk mendapat wang saku sebanyak itu kalau hanya untuk ke sekolah semata-mata.

Namun, ada juga yang berpendapat jumlah itu sebenarnya relevan untuk diberikan kepada anak-anak terutamanya mereka yang bersekolah di sekolah swasta.

porter gunung kinabalu
2 years ago

"Berbaloi Ke?"- Sekilo RM5, Netizen Tak Sangka Upah 'Porter' Di Gunung Kinabalu Murah Sangat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...