Panas, panas! Seorang pelakon berusia 37 tahun yang baru dianugerahkan gelaran Datuk telah ditahan kerana menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, tengahari tadi.
Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, dan Berita Harian melaporkan, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis. Dia berkata:
Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.
Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak.
Pelakon itu dikatakan hadir ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya. Dalam kejadian itu yang berlaku pada jam 1.20 tengah hari, pelakon itu berurusan di kaunter terbabit sebelum secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.
Dia juga turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain. – beautifulnara.com via BH Online