Aji Noh Motor!!!

Hiburan

Aji Noh Motor!!!

Adakah Aji Noh Motor ini ialah Ajinomoto? Kalau anda bersangka sedemikian, sangkaan anda adalah silap sama sekali. Aji Noh Motor ini ialah filem terbaru terbitan Metrowealth Pictures. Filem komedi ringan ini menyaksikan penampilan pelakon baru yang sedang hangat di pasaran iaitu Wawa Zainal.

ajinohmotor

Advertisement

Sedikit sinopsis tentang filem Aji Noh Motor ini untuk anda:-

Mengisahkan mengenai seorang abang, PALI aka NOH yang sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya, PANJI aka AJI. Pali seorang lelaki yang suka merempit dan berlumba namun setiap kali Pali menang, dia hanya akan mengambil spare part ataupun keseluruhan motor orang yang kalah sahaja. Panji pula seorang yang taat dan patuh dalam mengejarkan tuntutan agama Islam meskipun dia dilahirkan dalam keadaan buta. Pali sangat sayangkan Panji dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan permintaan Panji tercapai meskipun dia tidak mampu.

Abang Nara suka bebenor dengan filem yang mengisahkan tentang hubungan adik beradik. Terasa feeling gitu. Tambah feeling bila Wawa Zainal tampil bertudung dalam filem ini. Fuh. Memang cun melecun.

wawa zainal

Tengok trailer filem ini pun dah boleh buat tergelak.

Jangan lupa ke pawagam untuk menonton filem Aji Noh Motor yang akan mula ditayangkan pada bermula esok, 20 September 2012. Confirm layan punya. Info lanjut di www.metrowealthpictures.net

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...