Aishah Pertimbang Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Vida Berhubung Barang Kemas Palsu

Aishah Pertimbang Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Vida Berhubung Barang Kemas Palsu

Penyanyi Aishah mengatakan jika tiada jalan lain, dia tidak mempunyai pilihan selain memfailkan saman terhadap Datuk Seri Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengenai tajaan kalung berlian didakwa bernilai RM 80,000 yang didapati palsu.

Aishah memberitahu sebegitu kepada Malay Mail, kerana Vida enggan membuat permohonan maaf:

Advertisement

Dah jelas bahawa Vida enggan memohon maaf, jadi pilihan terakhir ialah dengan mengambil tindakan undang-undang.

Saya bukan ingin mulakan pergaduhan tetapi ada kalanya kita perlu mempertahankan kebenaran.

Aishah berkata, dia sebelum ini ingin bertemu hartawan kosmetik itu untuk menyelesaikan isu tersebut, namun menukar fikiran apabila Vida berkata hanya akan menggantikan kalung itu, yang didakwanya barang kemas tulen, dengan matawang kripto keluarannya, Lavida Coin.

Bagi saya, satu-satunya matawang bernilai hanyalah yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Semalam, Bank Negara Malaysia telah memasukkan matawang kripto Vida dalam senarai amaran pengguna kewangan.

Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, mendapat perhatian sepanjang minggu ini setelah memuat naik video (dan gambar-gambar) yang membuktikan bahawa kalung berlian tajaan Vida ialah kalung tiruan.

Kalung itu ialah antara hadiah yang diterimanya bersempena kemenangan di Gegar Vaganza 4: antaranya lot tanah banglo, wang tunai RM 100,000 dan percutian ke Eropah Timur.

Aishah berkata, dia mendapati kalung itu tiruan setelah berhasrat menggubah semula rekaan kalung itu di sebuah kedai.

Saya ada pengetahuan mengenai batu permata. Satu karat batu permata asli bernilai RM 1,000 manakala satu karat batu kubik zorkonia sintetik hanya bernilai RM 5.

Malah, batu tersebut memiliki tulisan mengatakan ia kubik zirkonia.

Aishah memberitahu, dia mendapati kalung itu palsu dan tidak bernilai sejak setahun lalu, iaitu selepas memenangi program realiti Astro tersebut.

Namun dia hanya membuat pendedahan mengenainya di media sosial Sabtu lepas setelah gagal menemui jalan penyelesaian dengan Vida (setelah cuba berbincang dengan Vida sebelum ini).

Saya berharap dengan pendedahan ini, akan ada garis panduan yang lebih ketat bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi.

Saya tidak mahu individu dalam industri yang lebih muda dan tidak berpengalaman untuk melalui apa yang telah saya tempuh.

Sumber: Malay Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...