Aishah Beri Datuk Seri Vida Tempoh Satu Minggu Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka

Hiburan

Aishah Beri Datuk Seri Vida Tempoh Satu Minggu Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka

Ingin terus memperjuangkan haknya berikutan kes hadiah rantai berlian didakwa palsu, penyanyi Aishah hari ini menerusi satu sidang mendia khas memberikan tempoh tujuh hari kepada Datuk Seri Vida untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka selain menyelesaikan masalah berhubung hadiah barang kemas tersebut.

Advertisement

Melalui peguamnya, Aishah telah menghantar surat tuntutan yang meminta DSV seutas rantai berlian asli dengan nilainya setara RM80,000.

Kami sudah menghantar satu surat tuntutan bermula hari ini. Menerusi surat tersebut terdapat dua tuntutan iaitu seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 seperti dihebohkan.  Manakala tuntutan kedua satu permohonan maaf terbuka atas representasi yang salah yang telah dibuat berkenaan rantai berlian tersebut.

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya DSV gagal membuat permohonan maaf itu dalam tempoh tujuh hari yang diberikan.

Tegas Aishah, tujuan beliau berbuat demkian adalah untuk menegakkan keadilan dan  memberi pengajaran kepada pihak penaja serta badan penyiaran untuk tidak sesuka hati membuli serta menggunakan artis untuk kepentingan mereka.

Terdahulu, DSV dalam satu kenyataan memberitahu kontroversi antara beliau dan Aishah telah memalukan dirinya selain menjejaskan perniagaan beliau sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 1 juta. Oleh itu beliau akui agak sukar untuk meminta maaf.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...