AirAsia Menyambut Baik Kehadiran Saya – Neelofa Kongsi Rasa Teruja Mula Tugas Di AirAsia

Hiburan

AirAsia Menyambut Baik Kehadiran Saya – Neelofa Kongsi Rasa Teruja Mula Tugas Di AirAsia

Semalam secara rasminya, selebriti popular Neelofa memulakan tugasnya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia.  Bermula dengan menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di ibu pejabat syarikat penerbangan tersebut, Neelofa akui ia satu pengalam yang tidak boleh dilupakan oleh beliau sepanjang hidupnya.

Advertisement

Menerusi akaun Twitternya, Neelofa berkata beliau disambut baik oleh “keluarga” barunya itu dan cukup teruja menjadi sebahagian daripada syarikat penerbangan tambang murah terkenal di dunia.

Netizen juga mengucapkan tahniah dan cukup berbangga dengan pencapaian Neelofa dan menjadikan beliau sebagai idola mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fenandes pada 8 Disember 2017 lalu memberitahu pelantikan Neelofa itu sudah mendapat persetujuan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah. Mereka yakin pengalaman Neelofa dalam bidang perniagaan serta sikap berdikari dan pintarnya mampu mencetuskan transformasi baru untuk AirAsia sentiasa berada di hadapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...