Ahmad Idham Kongsi Pengalaman Ada Anak Istimewa, Nasihat Ibu Bapa Agar Lebih Teliti

Hiburan

Ahmad Idham Kongsi Pengalaman Ada Anak Istimewa, Nasihat Ibu Bapa Agar Lebih Teliti

Sememangnya bukan mudah untuk ibu bapa membesarkan anak istimewa contohnya seperti kanak-kanak autistik sekiranya tiada panduan dan pengalaman.

Ahmad Idham
3 years ago

Ahmad Idham Letak Jawatan CEO FINAS, Dapat Kerja Di Kementerian Bertaraf Diplomat

Advertisement

Terbaru, media massa tempatan rancak membincangkan mengenai sebuah rakaman CCTV di mana seorang guru telah mengasari pelajar istimewa asuhannya sehingga cedera.

Ia sekaligus telah mencetuskan kemarahan orang ramai malah turut mendapat perhatian selebriti termasuklah pengarah dan pelakon terkenal, Dr. Ahmad Idham.

Ahmad IdhamSumber : Google  

Ahmad Idham yang difahamkan mempunyai  anak istimewa berasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat di mana dia meminta agar ibu bapa lebih teliti dalam pemilihan sekolah atau pusat asuhan untuk anak mereka.

 

Bila terbaca isu, saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan. Saya mohon para ibu bapa yang ada anak istimewa agar pastikan pusat atau sekolah yang ingin dihantar mempunyai lesen yang sah dan guru yang bertauliah. Periksa dulu lesen operasi perniagaan dan sijil pentauliahan guru anak istimewa.

Ujar Ahmad Idham, pendapat yang dilontarkannya itu merupakan hasil daripada pengalamannya mengendalikan sekolah pendidikan khas dan terapi buat anak-anak orang kelainan upaya (OKU).

Sekadar info, Ahmad Idham dan isteri, Amy Aziz mempunyai seorang anak istimewa bernama Ahmad Firdaus yang kini berusia 21 tahun.

Pasangan suami isteri ini turut menubuhkan sebuah sekolah pendidikan khas yang diberi nama Eden Firdaus School sejak tahun 2016.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...