Aeril Zafrel Didakwa Tidak Sensitif Dengan Isu Kehilangan Peserta Larian?

Hiburan

Aeril Zafrel Didakwa Tidak Sensitif Dengan Isu Kehilangan Peserta Larian?

Pelakon Aeril Zafrel dikenali sebagai seorang yang suka bergurau dan ada kalanya ia berkaitan dengan isu semasa yang viral.

Advertisement

Namun, muat naik beliau kali ini mendapat kecaman netizen yang mendakwa beliau tidak sensitif dengan isu kehilangan peserta larian, Mohammad Ashraf  yang sehingga hari ini masih kekal misteri.

Aeril memuat naik foto gambarnya seakan-akan di belakang hutan dengan membuat bulatan-bulatan kecil seperti ingin menunjukkan sesuatu.

Gurauan Aeril itu tidak boleh diterima oleh netizen yang menganggap beliau ingin mencari publisiti murahan dan langsung tidak memikirkan perasaan keluarga Ashraf ketika ini. Dalam erti kata lain, bergurau tidak kena dengan situasi.

Difahamkan, Aeril  sengaja memuat naik gambar itu memerli ragam netizen di Malaysia yang selalu ingin mengaitkan unsur mistik dalam semua perkara dan terlalu percayakan alam ghaib.

Tidak dinafikan, mungkin juga sindiran ini kurang sesuai dengan masanya, ramai yang masih risau dan terkesan dengan kehilangan Ashraf. Apa-apa pun, jom kita berdoa agar Ashraf dapat ditemukan segera.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...