Adnan Sempit 2 Kutip RM4.5 Juta Selepas Seminggu Tayangan

Hiburan

Adnan Sempit 2 Kutip RM4.5 Juta Selepas Seminggu Tayangan

Memang hebat. Kalau dalam Adnan Sempit, jumlah kutipan terakhir ialah RM8 juta, nampaknya Adnan Sempit 2 ada harapan untuk mengatasi kutipan tersebut. Baru seminggu ditayangkan, jumlah kutipan tiket untuk tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei sudah pun mencecah RM4.5 juta.

kutipan filem adnan sempit 2'

Advertisement

Nampaknya gandingan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana sekali lagi membuktikan yang mereka berdua ada tarikan yang tersendiri. Abang Nara bajet filem ini akan berjaya mengutip lebih daripada RM6 juta selepas hujung minggu ini. Kalau anda sudah tengok Adnan Sempit 2, tahniah Abang Nara ucapkan. Kalau belum lagi, luangkanlah hujung minggu ini untuk bergelak ketawa bersama keluarga anda di pawagam.

kutipan filem adnan sempit 2'

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menyertai pertandingan gaya rempit sempena filem Adnan Sempit 2. Di atas permintaan ramai pihak Metrowealth sekali lagi mengadakan pertandingan serupa dan 20 peserta bertuah akan dipilih untuk sama-sama menjamu selera bersama bintang-bintang filem Adnan Sempit 2. Maklumat lanjut sila klik tab ‘Peraduan Open Table‘ atau klik link ini http://www.facebook.com/davidteo99?sk=app_251442451607785! Semoga berjaya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...