Adiwiraku Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke 29

Hiburan

Adiwiraku Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke 29

Filem Adiwiraku yang telah ditayangkan pada bulan Mac lalu digarap daripada sebuah kisah benar. Ia menceritakan perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik para pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah. Adiwiraku menghidupkan kisah bagaimana pelajar SMK Pinang Tunggal Sg Petani berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun telah diketahui peluang mereka untuk menang terlalu tipis.

filem adiwiraku

Advertisement

Filem ini tidak dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama namun kehebatan jalan cerita, lakonan dan emosi cerita ini tidak boleh dinafikan. Adiwiraku telah dinobatkan sebagai filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke 29 yang telah berlangsung semalam. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terbabit menjayakan filem hebat ini. Semoga kemenangan ini akan menyuntik semangat pembikin-pembikin filem sebegini di Malaysia.

filem adiwiraku

Selain kejayaan Adiwiraku, FFM29 turut menyaksikan kemenangan Namron selaku Pelakon Terbaik menerusi filem Redha. Filem Redha juga sangat menarik untuk ditonton kerana ia menceritakan cabaran ibu bapa membesarkan anak mereka autistic. Manakala Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Sangeeta Krishnasamy menerusi filem Adiwiraku.

filem adiwiraku

Apa pun tahniah diucapkan kepada semua pemenang di FFM29. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk anda terus berlakon. Senarai penuh pemenang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

1) Filem Terbaik: Adiwiraku

2) Pengarah Terbaik: Dain Said (Interchange)

3) Pelakon Lelaki Terbaik: Namron (Redha)

4) Pelakon Wanita Terbaik: Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)

5) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Interchange)

6) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Diana Danielle (Hanyut)

7) Pengarah Harapan: Tunku Mona Riza (Redha)

8) Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Harith Haziq (Redha)

9) Pelakon Wanita Harapan: June Lojong (Redha)

10) Pelakon Lelaki Harapan: John Tan (You Mean The World To Me)

11) Lakon Layar Terbaik: Saw Teong Hin (You Mean The World To Me)

12) Sinematografi Terbaik: Jordan Chiam (Interchange)

13) Cerita Asal Terbaik: Jason Chong (Adiwiraku)

14) Kostum & Busana Terbaik: Akma Suriati Awang (Hanyut)

15) Anugerah Khas Juri (Kesan Khas Visual): Desolasi (Skop Productions Sdn Bhd)

16) Anugerah Khas Juri (Kesedaran Sosial): Shuttle Life (MM2 Film Distribution Sdn Bhd)

17) Anugerah Khas Juri (Kupasan Isu Najis Dadah): Pekak (Grand Brilliance Sdn Bhd dan

Lightbulb Pictures)

18) Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Datuk Yusof Haslam

19) Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Johan Ibrahim

20) Filem Box Office: Abang Long Fadil 2 (Skop Production Sdn Bhd & Astro Shaw)

21) Penataan Bunyi Terbaik: Daniel (Hanyut)

22) Penataan Seni Terbaik: Zaharah Nakibullah (Interchange)

23) Suntingan Terbaik: Nazim Shah (J Revolusi)

24) Skor Muzik Terbaik: David Koon (You Mean The World To Me)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...