February 7th, 2018

Tampil di muka hadapan majalah URTV bersama aktres Izreen Azminda untuk tema Naluri Isteri Kedua, penyanyi Adira teruk dikecam oleh netizen.

Bagi mereka untuk apa majalah tersebut mahu bercerita mengenai kedua-dua selebriti tersebut yang sebelum ini dihimpit dengan kontroversi ketika berkahwin dan dilabelkan sebagai perampas suami orang oleh netizen.

Walaubagaimanapun, Adira sedikit pun tidak mahu ambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Kalau layan memang sakit hati jadi lebih baik jangan lain kerana lama-lama mereka akan diam sendiri. Saya sendiri dah bermacam-macam kontroversi yang saya lalui jadi saya dah lali, katalah apa pun.

Bukannya saya minta tajuk begitu tetapi saya secara peribadi tiada maslah dengan pemilihan tajuk tersebut. Tetapi saya faham isu melibatkan poligami memang perkara sensitif dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Adira turut bersimpati dengan nasib Izreen yang tidak henti menerima kecaman selepas mengumumkan perkahwinan beliau dengan Ude Wahid sebagai isteri kedua. Namun, Adira yakin Izreen seorang wanita yang tabah dan kuat untuk mengharungi segala tomahan orang ramai terhadap dirinya.

Sumber Berita : mStar Online


43 responses to “Adira Tidak Kisah Dikecam Tampil Bersama Izreen Dalam Majalah Dengan Tajuk Naluri Isteri Kedua”

  1. benci orang hipokrit says:

    Nak jadi isteri kedua, ketiga atau keempat, kulit muka tu memang kena cukup tebal, hati kena betul2 kental. Sebab tu respon si Adira ni macam ni. Dia tak pedulik pun apa kata netizen, yg penting dia bahagia.

    Lagipun korang kena ingat, sejak dia kahwin dia dah makin sendu. Dah jarang keluar majalah etc, so nakkan publisiti suka ke tak suka ke sebab tu dia rela jadi cover utk urtv. Urtv tu sejenis majalah tak cerdik sebijik mcm mangga dan sewaktu dengannya. Aku pun tak sangka wujud lagi majalah urtv ni dalam era macam ni.

    • Anonymous says:

      tu sbb dia mau bermadu…tgkp laki org berduit pun x apa, shara pun x apa..

      meloyakan.
      Majalah masa aku remaja tahun 1980an..
      ada lagi ke, ingtkn dh terkubur…

  2. Siti says:

    pehal izreen posing camtu..gedik

  3. Anonymous says:

    Ya la melati ooii….nti ko ada anak ko tibai dia siap2 dari kecik, kot2 esok dia malukan ko dia jdi bini no. 2….

  4. Anonymous says:

    Amboi melati at 9.52 am, mulut….jgn dok ngata org, sat2 sok anak hang bermadu, jdi bini no.2, org kg dok kata kat hang,baru padan muka hang….Allah bayaq cash la ni….

  5. Anonymous says:

    Padan muka kau adira…yg si izreen kau tengokla…nanti ko dptbalasan jugak

Loading...