Adira Suhaimi Bengang, Dakwa Suami Bawa Lari Anak?

Hiburan

Adira Suhaimi Bengang, Dakwa Suami Bawa Lari Anak?

Baru-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi dikejutkan dengan berita sedih tentang pemergian arwah bapanya yang meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman. Tentunya, Adira pulang ke kampung halamannya untuk menghadiri pengebumian arwah bapanya itu pada Ahad lalu.

Advertisement

Namun, timbul pula isu lain apabila Adira menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa bengang apabila mendapat perkhabaran anaknya dibawa ke tempat lain tanpa kebenarannya. Disebabkan itu, beliau tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyebut siapa yang berbuat demikian, rata-rata netizen mengatakan status itu ditujukan kepada suaminya, Datuk Red.

Bagaimanapun, Datuk Red berkata beliau tidak membawa lari anak mereka. Sebagai bapa, apa salahnya untuk beliau membawa mereka bertemu dengan adik-beradik yang lain iaitu anak kepada isteri pertamanya, Datin Red.

Adira balik kampung kerana ayah dia yang juga bapa mertua saya meninggal dunia, saya tidak dapat ikut berikutan ada hal kerja yang tidak dapat dielakkan. Ya, saya bawa anak-anak keluar makan, beli baju dan bawa berjumpa dengan adik – beradik yang lain.

Datuk Red akui ada pihak yang cuba untuk melaga-lagakannya dan Adira. Bagaimanapun, usaha itu gagal kerana Adira kini sedang hamil anak ketiga mereka.

Ada yang tidak senang dan mahu kami berpisah tapi dia gagal kerana Adira kini hamil empat bulan. Insya-Allah bulan lapan akan lahir anak kesepuluh saya.

Dalam rumah tangga akan ada banyak dugaan dan bukan semua orang akan suka melihat kebahagiaan kita, akan ada yang cuba melaga-lagakan suami dan siteri, tetapi tetaplah bersabar dan jangan mudah termakan dengan tipu daya manusia yang penuh hasad dengki. Apa-apa pun, kami ucapkan tahniah buat Adira yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...