March 26th, 2019

Baru-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi dikejutkan dengan berita sedih tentang pemergian arwah bapanya yang meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman. Tentunya, Adira pulang ke kampung halamannya untuk menghadiri pengebumian arwah bapanya itu pada Ahad lalu.

Namun, timbul pula isu lain apabila Adira menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa bengang apabila mendapat perkhabaran anaknya dibawa ke tempat lain tanpa kebenarannya. Disebabkan itu, beliau tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyebut siapa yang berbuat demikian, rata-rata netizen mengatakan status itu ditujukan kepada suaminya, Datuk Red.

Bagaimanapun, Datuk Red berkata beliau tidak membawa lari anak mereka. Sebagai bapa, apa salahnya untuk beliau membawa mereka bertemu dengan adik-beradik yang lain iaitu anak kepada isteri pertamanya, Datin Red.

Adira balik kampung kerana ayah dia yang juga bapa mertua saya meninggal dunia, saya tidak dapat ikut berikutan ada hal kerja yang tidak dapat dielakkan. Ya, saya bawa anak-anak keluar makan, beli baju dan bawa berjumpa dengan adik – beradik yang lain.

Datuk Red akui ada pihak yang cuba untuk melaga-lagakannya dan Adira. Bagaimanapun, usaha itu gagal kerana Adira kini sedang hamil anak ketiga mereka.

Ada yang tidak senang dan mahu kami berpisah tapi dia gagal kerana Adira kini hamil empat bulan. Insya-Allah bulan lapan akan lahir anak kesepuluh saya.

Dalam rumah tangga akan ada banyak dugaan dan bukan semua orang akan suka melihat kebahagiaan kita, akan ada yang cuba melaga-lagakan suami dan siteri, tetapi tetaplah bersabar dan jangan mudah termakan dengan tipu daya manusia yang penuh hasad dengki. Apa-apa pun, kami ucapkan tahniah buat Adira yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Sumber Berita : mStar Online


32 responses to “Adira Suhaimi Bengang, Dakwa Suami Bawa Lari Anak?”

  1. meetomato says:

    yarabiii laki or suami jenis apeeee ni….mmg kurang ajar. bapa mertua meninggal menantu tak respect mertua ker……wrong priority oiiii. keja/meeting boleh tangguh ok!!!! geleng kepala jer aku ni…ish ish ish

  2. Dato Red pergi jahan** says:

    Hoi,

    Baca statement datuk red nak acah2 tak bersalah. Kalau dah FIL meninggal tu pergilah melawat dic*head! Urusan kerja haktuih projek juta2 semua tu boleh postpone lah, org lain pun faham if ada berlaku kematian family. Kok ya pun important sgt projeck juta2 tu, at least lepas meeting gebang2 tu balik lah jenguk family mertua oii!!! Mmg dasar jantan siamang. Yg boleh bawak anak jalan2 shopping pulak dah kenapa omg sumpah aku tak paham kau ni dato red oii!! Rasa nak sula 10x!!!

  3. Anonymous says:

    aku pernah jumpa dato red ni in person…huhu…mcm mana laa adira boleh sangkut dgn dia ni…hihi sorry2 ini laa jodoh namanya…

  4. Suzana says:

    FIL meninggal tak jenguk ziarah balik? Ni kes jarang jumpa ni ke mmg style laki moden zaman sekarang mcm ni? Apa punya laki la mcm ni..

    • Mia says:

      Hhhmm.. tu lah.. saya pun fikir yg sama.. FIL meninggal x tunjuk muka sbb ade keje tp boleh bw anak2 pi jln2 beli baju bwk mkn.. bkn x boleh buat tu semua time lain.. kalau dah habes keje pegi la ke kg isteri tunjukkn support isteri tgh bersedih.. tp ni mungkin style dia kot.. to him FIL je kot..

Loading...