Sejak kebelakangan ini, beberapa selebriti tanah air sudah mula menggunakan media sosial sebagai medium untuk mereka menyuarakan pendapat tentang isu semasa negara. Antara selebriti yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini ialah Fathia Latiff dan Datuk Shiela Majid. Namun, ketika Exco Puteri UMNO Dira Abu Zahar mula menyelar tindakan Fathia dan turut menyatakan seakan selebriti tidak perlu mencampuri urusan kerajaan, isu tersebut semakin hangat diperkatakan.
Terbaru, Adibah Noor dan Daphne Iking menerusi laman sosial Twitter meluahkan pendapat mereka sendiri mengenai larangan untuk seseorang selebriti itu bersuara dalam hal isu semasa dan politik negara. “Serangan” yang dilakukan terhadap golongan selebriti seolah-olah menggambarkan mereka tidak mempunyai hak untuk bersuara.
Berikut antara “tweet” Adibah dan Daphne serta respon daripada netizen :-
Kebebasan bersuara atau menyatakan pendapat diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia dunia. Tidak salah untuk rakyat Malaysia memberikan pendapat masing-masing asalkan ia tidak melampaui batasan dan menyalahi undang-undang.