Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Ada Yang Ingat Saya Angelina Jolie..” – Bunga Is Me ‘Pening’ Disamakan Wajah Dengan Ramai Artis

Bunga Is Me

Penyanyi rap Bunga Is Me mengakui dirinya sering disamakan dengan wajah artis-artis wanita lain seperti Shalma Aina, Azira Shafinaz dan Iman Troye serta ramai lagi. Menganggap peminat hanya keliru, diakui wajahnya memang seakan-akan sama dengan personaliti seni yang disebutkan seperti di atas.

Bunga Is MeSumber : Instagram Bunga Is Me  

Tambah Bunga Is Me atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari,21, kepada media ketika sidang media secara virtual ini lagi, ada peminat pernah tersilap ingatkan dirinya sebagai Angelina Jolie.

Advertisement

“Ada yang menyamakan saya dengan Shalma Aina, Azira Shafinaz, Iman Troye dan ramai lagi. Mungkin seakan-akan sama itu yang membuatkan mereka keliru. Yang membezakan hanya dengan gaya berkaca mata. Kadangkala, ada juga yang tersilap ingatkan saya Angelina Jolie.”

Bunga merupakan penyanyi rap sering bertudung serta berbaju kurung ketika membuat persembahan mengakui dirinya masih ‘hijau’ dan belum mengecap populariti di kalangan peminat muzik tempatan.

Dia yang mula menjadi perhatian ramai selepas mengadakan persembahan di Festival Seni Melayu ‘Pesta Raya’ di Singapura dan seterusnya tular dan menjadi tumpuan di media sosial.

Kini semakin melebarkan sayap, Bunga juga telah mengeluarkan single terbaru berjudul Intan Payung dan telah berkolaborasi bersama ratu etnik kreatif negara iaitu Noraniza Idris. Lagu tersebut difahamkan akan menggabungkan irama muzik tradisional dan moden.

Lagu Intan Payung itu merupakan hasil idea daripada penyanyi Luca Sickta dan liriknya ditulis sendiri oleh Bunga Is Me.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 Comments

  1. tecit

    February 22, 2021 at 3:00 pm

    hmm aku rase die slh faham kott. xkan laaa buta kayu sgt peminat tu kate die angelina jolie. mungkin die ckp muke u ade iras2 angie. bukannye die igtkan kau sememangnye angie. sengall.

  2. Anonymous

    February 22, 2021 at 9:12 am

    malulah.. kalau ye pun terperasan, simpan sendiri jelah kot.. angelina jolie pulak tu.. kalau anju oklah jugak… semata2 bibir tebal x semestinya serupa angie. hadoi!

  3. Anonymous

    February 22, 2021 at 8:53 am

    hahahahahahaha lawakkkk. yakin betul nak cakap macam tu

  4. Anonymous

    February 21, 2021 at 7:33 pm

    Siapa la yang gtau artis ni mcm angelina jolie.memang legend.pasal artis ni ingatkan betul2.ces bedebah

  5. Anonymous

    February 21, 2021 at 5:28 pm

    Kesian..kau pun mesti over perasan kan…sampai buat kat media social kau..konon betul lah kata peminat poyo kau tu…aku pun baru tau ada retiss wujud nama pelik tak cantik ni..aduiii…nama pun pelik macam kanak2 baru buat ic…tengah main khawin2..hhhaha..kan cantik beri nama betul je

Loading...
To Top