“Ada Lauk Tambah Pulak!” – Niat Nak Ambil Gambar Makanan, Wanita Terkejut Siput Merayap Celah Salad

Kehidupan

“Ada Lauk Tambah Pulak!” – Niat Nak Ambil Gambar Makanan, Wanita Terkejut Siput Merayap Celah Salad

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video dirakam oleh seorang wanita dikenali sebagai Amirah yang terkejut melihat seekor siput babi kecil merayap di celah daun salad makanan yang dipesannya.

Menurutnya, dia sering mengambil gambar makanan sebelum dijamah. Namun kali ini, dia tidak menjangka ada sesuatu yang bergerak di celahan daun salad lalu bertindak merakamnya sebelum memanggil pelayan restoran.

Advertisement

Jelas Amirah, dia pernah menjamu selera di restoran tersebut sebelum ini, namun ini kali pertama insiden siput itu berlaku pada dirinya.

siput

Saya pesan nasi goreng USA. Macam biasa saya ambil gambar nasi goreng tu dulu sebelum jamah. Tiba-tiba mata terperasan sesuatu bergerak.

Walaupun pelayan restoran sudah memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan mengambil daun salad tersebut, namun wanita itu akui berasa ragu-ragu untuk menjamu makanan tersebut.

Saya fikir mungkin tak ada rezeki nak makan malam tu. Daripada lapar terus jadi kenyang. Kami tak minta refund pun.

@missamrhsyff

Why main course?? Whyyy??? ? somewhere nearby Kuang. @izkxndxr97

? suara asli – Sekar?????? – Sekar??????

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen malah meninggalkan komen lucu pada video tersebut yang kini telah meraih 359.6K tontonan dan 34K tanda suka di laman TikTok.

“Tanda sayur tu fresh, baru petik,” tulis seorang netizen.

“YaAllah meremang bulu roma nak makan,” tulis seorang warganet.

“Astaga ada lauk tambah pulak! Hahahahahahah,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

gadis kesal polis tak layan
2 years ago

"Rumah Bagai Nak Pecah, Dia Boleh Cakap 'Biasalah Tu'.." - Gadis Kesal Buat Aduan Ibu Dipukul Bapa, Polis Tak Layan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...