“Ada Antaranya Terlantar Sakit Hingga Terpaksa Merayu Bantuan” – Mira Filzah Akui Tersentuh Dengan Nasib Yang Menimpa Pelakon Veteran

Hiburan

“Ada Antaranya Terlantar Sakit Hingga Terpaksa Merayu Bantuan” – Mira Filzah Akui Tersentuh Dengan Nasib Yang Menimpa Pelakon Veteran

Tersentuh melihat nasib pelakon veteran yang hilang punca pendapatan selepas terlantar sakit, aktres tersohor tanah air, Mira Filzah tampil mengusulkan idea dan mahu memperjuangkan pembayaran royalti pelakon veteran kepada Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix.TV, Syah Mohamed.

mira filzah tersentuh dengan nasib pelakon veteran

Advertisement

Menurut Mira, penstriman televisyen dalam talian Islamik itu mampu menjadi platform pertama yang memberikan royalti kepada pelakon dan kru belakang tabir dalam penghasilan kandungan untuk siaran Nurflix.TV.

“Ada antaranya terlantar sakit hingga terpaksa merayu bantuan. Seperti diketahui, golongan artis bekerja secara sambilan dan tidak mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan insuran, lebih lagi orang lama.”

Ujar Mira, beliau yakin setiap drama yang dimainkan semula pasti menjana pendapatan menerusi penyiaran iklan. Malah Mira juga dikhabarkan mempersoalkan kenapakah keuntungan tidak dikongsikan kepada pelakon yang terbabit?

mira filzah tersentuh dengan nasib pelakon veteran

Tambahnya lagi, kesedaran untuk memperjuangkan nasib anak seni timbul selepas membaca penderitaan hidup bintang hebat seperti Wan Maimunah dan kru balik tabir yang ditimpa sakit.

Mira bagaimanapun menyatakan perkara itu hanya mampu diusulkan kepada Nurflix.TV sahaja namun akui ia tidak dapat memperjuangkan isu berkenaan ke peringkat lebih tinggi kerana menyedari ia perlu dilakukan mengikut prosedur yang betul.

mira filzah tersentuh dengan nasib pelakon veteran

Bercakap mengenai isu royalti, Mira berharap ia akan disebarkan supaya nasib anak seni akan terbela suatu hari nanti.

Untuk rekod, Mira merupakan antara pelakon wanita yang popular dan sering menghiasi kaca televisyen menerusi beberapa drama rantaian seperti Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan Sweet Dreams.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...