Abam Bocey Tak Mahu Kongsi Kehidupan Berumahtangga Secara Terbuka, Contohi Datuk Rosyam Noor

Hiburan

Abam Bocey Tak Mahu Kongsi Kehidupan Berumahtangga Secara Terbuka, Contohi Datuk Rosyam Noor

Abam Bocey atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, dengan sekali lafaz, pada 8 Disember lalu. Walaupun telah bergelar suami isteri, Abam memberitahu dia enggan terlalu mendedahkan kehidupan rumahtangganya di media sosial.

Abam memberitahu Astro Gempak:

Advertisement

Saya lebih selesa jika kehidupan kami suami isteri tidak dikongsi secara terbuka. Lagipun saya yang bekerja dalam bidang ini, bukan isteri.

Kalau boleh, saya tidak mahu libatkan isteri langsung dengan kerja saya. Biarlah dia jalani kehidupan seperti biasa.

Bagi saya, isteri saya adalah privacy saya, tetapi itu tidak bermakna saya akan sorokkan dia atau tak bagi keluar rumah.

Bagi Abam, tanpa mendedahkan keluarga tetap boleh mengumpul ramai peminat seperti Datuk Rosyam Noor:

Saya ambil contoh Datuk Rosyam Nor, beliau tidak mendedahkan kehidupan keluarga kepada umum dan akan berkongsi mengenai kerjaya sahaja.

Saya mahu begitu. Kebahagiaan tidak diukur melalui media sosial.

Abam juga tidak pasti tarikh sebenar akan berbulan madu disebabkan komitmennnya terhadap kerjaya:

Perancangan itu ada tetapi bukan dalam masa terdekat kerana saya terikat dengan beberapa projek dan sibuk sedikit.

Insha Allah, jika tiada aral melintang selepas resepsi saya pada 20 Januari nanti kami akan cari masa berbulan madu.

Abam dan isterinya berkenalan sejak 2009 tetapi hubungan mereka pernah terputus dan bertemu semula baru-baru ini sebelum mengambil keputusan untuk bernikah. Bak lirik lagu Afgan, kalau jodoh pasti bertemu juga, kan?- beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...