Aaron Aziz Tampil Bersuara Isu Usahawan Kurang Adab Dengan Warga Emas

Hiburan

Aaron Aziz Tampil Bersuara Isu Usahawan Kurang Adab Dengan Warga Emas

Semalam kecoh di media sosial satu video berkenaan seorang usahawan melayani warga emas dengan agak kasar dan mempersoalkan kisah lampau lelaki berusia 64 tahun itu ketika membuat ceramah motivasi bertajuk ‘ubah diri’ di sebuah pusat transit.

Ramai individu yang tidak berpuas hati dengan usahawan tersebut kerana layanannya yang dianggap kurang beradab dengan orang tua sampaikan beberapa selebriti juga tampil menyuarakan hal ini termasuklah Sheery Ibrahim.

Advertisement

Sherry Ibrahim
3 years ago

"Saya Memang Pantang Orang Tak Pandai Hormat Orang Tua Ni" - Sherry Ibrahim

Pelakon terkenal, Aaron Aziz yang memegang watak Malik dalam filem KL Gangster juga tampil bersuara menerusi satu perkongsian di Instagram. Pergh! Malik is back.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Kalau lu rasa lu dihantar tuhan untuk tolong orang susah, sekarang Allah juga boleh kasi lu susah.

Betul juga, ini semua soal rezeki. Sekelip mata Allah boleh bagi kita senang dan sekelip mata Allah boleh buat kita susah. Jangan adanya rasa angkuh bila kita berada di atas sampai nak memperlekehkan orang yang susah.

Walaubagaimanapun, usahawan berkenaan tampil memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang berasa tidak berpuas hati dengan isu ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THE PRESIDENT ? (@carlsamsudin)

Apapun, semoga hal ini menjadi iktibar kepada semua dan beradablah dengan orang tua tak kira siapapun dia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...