“Aaron Aziz Selalu Cakap Saya Boleh Pergi Jauh Sebagai Action Star” – Hairul Azreen

Hiburan

“Aaron Aziz Selalu Cakap Saya Boleh Pergi Jauh Sebagai Action Star” – Hairul Azreen

Akui dirinya amat berterima kasih kepada aktor Datuk Aaron Aziz kerana yakin dengan bakatnya dalam bidang seni, pelakon berbakat besar Hairul Azreen tampil mendedahkan perkara tersebut kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

"Aaron Aziz Selalu Cakap Saya Boleh Pergi Jauh Sebagai Action Star" - Hairul Azreen

Advertisement

Dalam entri terbabit, Hairul dilihat berkongsi foto dengan akor tersebut sambil mengimbas kata-kata Aaron yang menjadi penguat semangat sambil.

“Inilah caption yang selalu buat saya terus berjuang untuk berjaya sebagai pelakon.Thank you Datuk Aaron Aziz, dia seorang abang, kawan yang selalu cakap Hairul boleh pergi jauh sebagai action star, buat elok-elok, jaga disiplin, keep humble.”

Katanya juga, beliau kini seakan gembira kerana sudah berjaya berlakon dalam beberapa filem aksi pecah panggung.

"Aaron Aziz Selalu Cakap Saya Boleh Pergi Jauh Sebagai Action Star" - Hairul Azreen

“Saya tak lupa bang. Insya-Allah. Abang saya nak bagi tau saya dah dapat berlakon filem action yang saya nak PASKAL, Wira dan Polis Evo 2, mulut abang masin, harap abang tengok hehe.”

Menjengah ke ruangan komen, Aaron dilihat menyatakan beliau juga amat bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh Hairul.

"Aaron Aziz Selalu Cakap Saya Boleh Pergi Jauh Sebagai Action Star" - Hairul Azreen

Sebelum ini, menerusi foto lama terbabit, Aaron memuji kesungguhan yang ditonjolkan oleh Hairul ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran filem Operasi X The Movie. Kedua-dua mereka dilihat saling memuji bakat masing-masing. Malah Aaron khabarnya tidak ketinggalan menyeru kepada penerbit di luar sana untuk melihat bakat Hairul sebagai bintang aksi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...