Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Aaron Aziz Nafi Dapat Taraf Pemastautin Tetap, Risau Permohonan Tertangguh Akibat Berita Palsu

Kasihan juga apabila pelakon kacak yang juga merupakan Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz risau permohonannya untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR) di Malaysia tertangguh berikutan tersebarnya berita yang dia telah pun mendapat taraf tersebut.

Ketika dihubungi oleh Berita Harian, Aaron memberitahu yang permohonannya sebenarnya sedang diproses oleh pihak berkuasa.

Advertisement

Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.

Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur.

Berita ini mula tersebar di media sosial sejak semalam  dan dilaporkan juga di blog-blog hiburan (bukan BeautifulNara) seperti berita sahih.

Dalam perkembangan lain, Aaron sedang berlakon dalam drama bersiri 20 episod Adam dan Hawa, manakala perkembangan lain yang lebih menarik, ada pihak yang mendakwa mereka ialah Aaronators FC telah menggodam akaun Fanpage Zed Zaidi semalam, berikutan ketidakpuasan hati aktor itu dengan kemenangan Aaron di ABPBH.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

128 Comments

  1. lyndabell79

    April 12, 2012 at 4:30 pm

    favourite novel….Adam & Hawa..x sabar nak tengok

    • Aku budak gemok tu

      April 12, 2012 at 5:16 pm

      cun !
      pesanan aku,sila berjaga-jaga (serius ni)
      aku dah bgtahu ni,jgn menyesal lpas ni
      mohon ambil perhatian sebelum d hantar ke negara jiran yakni vietnam
      sekian

  2. sambal

    April 12, 2012 at 3:19 pm

    itu kan rezeki dia, sama mcm rakyat Malaysia yg berhijrah ke luar negara minta PR. org nak cari rezeki biarkanlah. tak baik dengki pastu ngan ayat-ayat menghalau. kalau kita cari rezeki kat luar, org buat camtu, apa kita rasa. jgn tanamkan kebencian camtu. busuk hati camtu. jgn jadi kes warga Iraq kena pukul kat US atas sebab kebencian melampau. Kebencian ni lahir dari sikap camni la.. memula tak suka Singaporean, pastu tak suka bangsa lain. adesss..

    • Anonymous

      April 12, 2012 at 3:34 pm

      tu la yg aku cuba ckp kat atas tu sambal.. diorg x rasa sbb diorg x penah duduk kat negara org and diprejudiskan.. sighhh

  3. Anonymous

    April 12, 2012 at 2:46 pm

    aku rs kome ni dh confuse la dgn PR and Nationality. Since when PR boleh dpt nationality?? klu PR bleh vote ke? setau aku PR ni berguna sbb nnt korg xyah byr tax negara korg, byr tax kat malaysia je, bg malaysia kaya.. kan kan?? dan PR supaya senang nak kerja kat sini, xyah pakai permit2 kerja or watsoeva.. so jgn la risau sgt dia jadi warganegara…

    • Sekadar di pinggiran

      April 12, 2012 at 3:33 pm

      Betul tu.. PR dan warganegara adalah berbeza.. relaks la..Datuk M.Nasir pun ambik masa nak jadi nationality malaysia. So its depend dengan AA la mcm maner dia keja keras nak stay in our industry.

    • Anonymous

      April 12, 2012 at 3:45 pm

      eh m.nasir dpt nationality dah??? aku baru tau, ingat die pr je..

  4. cik polaris

    April 12, 2012 at 2:37 pm

    adam and hawa.. my fav novel.. waaa bestla if diorg wat betoi2 coz nnti jumpe kat mekah :)

    • lyndabell79

      April 12, 2012 at 4:55 pm

      kan cik pola..novel dia best sgt2..sy repeat byk kali..best giler..hope drama nanti kekalkan jalan cerita sama mcm dlm novel..bru best nk tgk..bukan mcm drama Bicara Hati tu..byk sgt dia ubah2 ln cerita dah jadi x best..sy lansung x follow dah cerita tu..boring

  5. warganegara

    April 12, 2012 at 1:46 pm

    kalau si Aaron ni dapat cepat, memang tak adil2 sangat2 la kan. ramai yang kene tunggu bertahun-tahun lamenye baru dapat. ade tu yang tak dapat- dapat. dye dah tak sabar-sabar dah nak tunggu keputusan tu. maklum lah dah tak sabar-sabar nak masuk bertanding dalam festival filem malaysia kan. tak gitu Aaron.

    • Anonymous

      April 12, 2012 at 4:20 pm

      popular yes, terbaik? cannot win… < pendapat aku….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama