A. Aida Kecewa Pelakon Minta Bayaran RM3,000 Untuk Promosi Drama Dia Menantu Rahsia

Hiburan

A. Aida Kecewa Pelakon Minta Bayaran RM3,000 Untuk Promosi Drama Dia Menantu Rahsia

Drama Dia Menantu Rahsia kini sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen. Drama ini dibintangi oleh Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Sayzuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa dan ramai lagi. Walaupun mendapat sambutan yang hangat, namun drama ini tidak terlepas daripada terpalit kontroversi. Penerbitnya, Datuk A.Aida telah mengambil keputusan untuk ‘pangkah’ beberapa orang pelakon drama Dia Menantu Rahsia daripada terlibat dalam drama terbitan syarikatnya pada masa hadapan. Ini semua gara-gara perangai mereka yang enggan mempromosikan drama tersebut menerusi akaun sosial.

drama dia menantu rahsia

Advertisement

Tambah menyedihkan, ada pelakon drama Dia Menantu Rahsia yang meminta bayaran sebanyak RM3,000 sekiranya pihak syarikat ingin melihatnya mempromosikan drama tersebut. Wow. Memang diva sangat-sangat. Kata Datuk A.Aida:-

No more! Saya akan senarai hitamkan beberapa orang termasuk salah seorang teraju utamanya kerana enggan melakukan promosi drama yang mereka lakonkan. Mereka sepatutnya bersyukur dengan tawaran yang diberikan dan perlulah membantu mempromosikan hasil kerja masing-masing namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Siap ada yang minta bayaran sampai RM3000 untuk setiap posting dibuat dan ia memang melampau

Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, pelakon utama drama ini iaitu Ashraf Muslim sangat-sangat berusaha keras dan giat mempromosikan drama lakonannya ini. Pelakon-pelakon lain Abang Nara tak tahulah pulak. Mungkin ada yang buat, mungkin ada yang tidak. Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, di dalam kontrak yang ditawarkan haruslah diletakkan bab-bab promosi ini juga. Kalau tak promosi potong bayaran ke, kalau tak promosi kena “blacklist” ke. Barulah pelakon-pelakon nie takut sikit. Tak gitu? Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...