A. Aida Faham Ke Rukun Lakonan? Bakat Lebih Penting Dari Paras Rupa – Ogy Ahmad Daud

Hiburan

A. Aida Faham Ke Rukun Lakonan? Bakat Lebih Penting Dari Paras Rupa – Ogy Ahmad Daud

Sebagai seorang yang berjiwa dan menghargai seni, pelakon lagenda Fauziah Daud tidak dapat menahan rasa geram terhadap kenyataan penerbit A.Aida yang dianggap agak biadap kerana meminta bakat baru jangan membuang masa menghadiri sesi  uji bakat sekiranya mereka tidak mempunyai paras rupa yang cantik dan kacak.

Advertisement

Sistem ini dimulakan stesen televisyen dan kenapa perlu keluarkan kenyataan seolah-olah menghina ciptaan Allah? Tidak dinafikan pelakon yang ada pengikut ramai di laman sosial itu bagus, tapi pastikan mereka ambil inisiatif untuk lebih berilmu dan menarik.

Kita bercakap mengenai realiti kehidupan, jadi kena faham maksud hero heroin itu apa. Saya tak kisah pun orang nak kutuk saya hanya kerana bangkitkan isu ini kerana masyarakat luar akan ingat, semua produser ada sikap pilih kasih sebegini.

Di mana jati diri anak seni tempatan jika asyik meniru budaya luar negara kerana pesona seorang pelakon itu adalah lebih penting. Amat sedih kerana di tahun 2019, kita mewujudkan produser yang berfikiran cetek sebegini.

Terdahulu, A. Aida  berkata sepatutnya peserta harus cermin diri mereka terlebih dahulu dan jangan terlalu yakin dengan rupa paras mereka. Bakat itu boleh digilap tetapi rupa juga amat penting.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...