9 Berita Yang Cukup Mengejutkan Sepanjang Tahun 2017

Hiburan

9 Berita Yang Cukup Mengejutkan Sepanjang Tahun 2017

Pejam celik pejam celik, tahun 2017 sudah hampir ke penghujungnya. Pantas sungguh masa berlalu. Tak lama lagi tahun 2018 akan menjelma. Macam mana prestasi kehidupan anda tahun ini? Ok ke tak? Azam yang dibuat awal tahun dulu dah berjaya ditunaikan ke belum? Kalau belum, anda masih ada kira-kira 3 bulan lagi untuk menjadikan azam tersebut satu kenyataan.

sho-16

Advertisement

Sepanjang tahun 2017 ini juga banyak benda-benda dan perkara-perkara penting telah/akan berlaku di dalam Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Kalau anda terlepas detik-detik penuh bersejarah dan gemilang itu, memang rugi yang amat. Untuk mengimbau kembali, meh Abang Nara kongsikan 9 perkara tersebut:-

Acara perasmian Sukan SEA 2017

sho2-18

Tahun ini, Malaysia menjadi tuan rumah untuk Sukan SEA yang ke 29. Pada malam 19 Ogos lalu, acara perasmian acara penuh gilang gemilang ini telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Semua tetamu di stadium dan mereka yang menonton melalui kaca tv ternyata terpesona, terkesima dan kagum dengan kehebatan serta keunikan yang ditunjukkan sepanjang acara tersebut. Abang Nara sampai terlopong mulut dibuatnya. Memang power sungguh. Kalau anda terlepas, boleh tengok video penuh di bawah.

Istiadat pertabalan Agong yang ke 15

sho3-20

Sultan Kelantan telah pun dinobatkan sebagai Agong yang ke 15 dalam satu majlis istiadat yang penuh gilang gemilang pada 24 April lalu. Untuk makluman, Agong dipilih 5 tahun sekali jadi sekiranya anda terlepas majlis penuh gilang-gemilang ini, anda perlu menunggu 5 tahun lagi untuk menyaksikannya kembali.

Azizulhasni Awang juara dunia acara Keirin

sho4-22

Selepas 10 tahun mencuba, usaha gigih Azizulhasni Awang yang dikenali dengan gelaran “The Pocket Rocket Man” akhirnya bergelar juara dunia di dalam acara Keirin. Kemenangan itu diperolehi pada Kejuaraan Dunia di Hong Kong pada 13 April lalu. Sebelum ini, Azizul turut sama memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2016.

Neymar dibeli dengan harga RM1.128 billion

sho5-24

Perpindahan bintang Brazil, Neymar dari Barcelona ke Paris Saints German mengejutkan peminat bola sepak antarabangsa. Salah satu sebabnya ialah kerana harga pembelian pemain ini melebihi RM1 billion. Fuh. Siapa sangka pemain bola sepak akan bernilai sebanyak ini. Mungkin sudah tiba masa untuk melatih anak Abang Nara bermain bola. Hehehe.

Malaysia Meraih 141 Pingat Emas di Sukan Sea 2017

sea_games-26

Sukan Sea tahun ini memang cukup bermakna untuk Abang Nara. Semangat Abang Nara untuk tengok game pada tahun ini, fuh…memang berkobar-kobar! Pada pendapat Abang Nara, atlet Malaysia memang cukup setaraf dengan atlet dari negara-negara lain, 141 pingat emas beb! Ini yang membuatkan Abang Nara bersemangat nak bersenam ni, lagi-lagi lepas tengok juara pecut Asia Tenggara tu. Fuh, semput dibuatnya.

Fattah Amin dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 3.0

sho7-28

Kepopularitian Fattah Amin akhirnya terbukti apabila pelakon kacak ini berjaya memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian yang berlangsung pada 15 Mei lalu. Mula mencipta nama menerusi drama Playboy Itu Suami aku, nama Fattah Amin meletup selepas bergandingan dengan Neelofa menerusi drama Suri Hati Mr Pilot. Kepopularitian Fattah Amin juga semakin meningkat selepas gandingannya bersama Fazura di dalam drama Hero Seorang Cinderella turut menjadi perhatian ramai.

Neelofa tersenarai di dalam Forbes 30 Under 30

sho8-30

Satu pencapaian yang amat membanggakan buat Neelofa dan juga rakyat Malaysia apabila selebriti ini tersenarai di dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Neelofa antara 300 individu yang tersenarai dimana ia menampilkan usahawan, penginovasi muda dan mereka yang telah berjaya sehingga terkenal di dunia. Sesunguhnya kejayaan Neelofa boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua. Sekiranya kita berusaha gigih, pasti kita akan berjaya mencapai segala cita-cita dan juga impian seperti yang telah dibuktikan oleh Neelofa.

Donald Trump mulakan tugasnya sebagai Presiden Amerika Syarikat

sho9-32

Tak lengkap rasanya jika berbicara tentang berita-berita penting 2017 tanpa memasukkan Presiden Amerika Syarikat yang ke 45 iaitu Donald Trump. Selepas memenangi pilihanraya pada hujung 2016, Donald Trump memulakan tugasnya sebagai Presiden pada tanggal 21 Januari 2017. Sudah pasti tempoh pemerintahan selama 4 tahun Donald Trump akan menjadi perhatian seluruh dunia kerana Amerika Syarikat adalah antara kuasa besar dunia. Sama-sama kita nantikan corak pemerintahan yang bakal ditunjukkan oleh Donald Trump yang pernah popular menerusi rancangan realiti The Apprentice ini.

Shopee lancarkan “Shopee 9.9 Online Shopping Day”

ian

Bermula 23 Ogos lalu, Shopee telah pun melancarkan kempen “Shopee 9.9 Online Shopping Day”. Tahun ini adalah tahun kedua kempen ini dilaksanakan susulan sambutan hangat pada tahun lepas. Untuk tahun 2017 ini, pelbagai promosi, tawaran, hadiah percuma dan harga runtuh bakal dinikmati oleh kita selaku pengguna bersempena kempen Shopee 9.9 Online Shopping Day ini. Antaranya:-

Lowest Price Guaranteed

Promosi “Lowest Price Guaranteed” ini adalah feveret Abang Nara. Segala produk yang anda lihat di Shopee yang mempunyai logo “Lowest Price Guaranteed” adalah dijamin harga paling murah di pasaran. Bukan satu dua produk yang ada logo nie, beribu-ribu produk. Sekiranya anda terjumpa laman web lain yang menawarkan harga lebih murah berbanding apa yang ditawarkan di Shopee, tunjukkan bukti dan anda boleh dapat 120% perbezaan harga tersebut.

Spin Kaw Kaw

21057555_10154863023540318_729514803_o-36

Kalau anda terasa bertuah, jangan lupa untuk mencuba nasib di dalam aktiviti “Spin Kaw Kaw” yang telah bermula pada 1 September sehingga 9 September nanti. Banyak hadiah-hadiah best Garmin FitBit, telefon bimbit OPPO, jam tangan Daniel Wellington dan macam-macam lagi.

Best of 9.9, Mobile Madness & Exclusive Brands Sale

Sila pastikan anda kosongkan masa anda pada 9 September sehingga 11 September ini dan bersiap sedia di hadapan komputer. 3 hari ini, Shopee 9.9 Online Shopping Day akan memberikan diskaun sehingga 90% untuk produk-produk yang laku keras. Bukan produk-produk biasa tau. Gadjet ada, smartphone ada, barangan bayi ada, produk jenama-jenama antarabangsa pun ada dan macam-macam lagilah. Inilah peluang anda untuk membuat penjimatan. 90% diskaun tue. Mana nak cari tawaran awesome macam nie.

9.9 Online Auction

9.9_Online_Auction_-_Teaser-38

Untuk makluman, applikasi Shopee telah pun dimuatturun lebih 50 juta kali di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Kejayaan Shopee ini adalah kerana kekuatan komuniti dan penggunanya. Sebagai tanda penghargaan, sepanjang kempen Shopee 9.9 Online Shopping Day ini, akan ada beberapa kempen yang membabitkan komuniti dan para pengguna Shopee. Antaranya seperti 9.9 Online Auction, 9 Days of Unlock dan banyak lagi. Ini adalah tanda penghargaan dari Shopee atas sokongan anda selama ini.

Abang Nara memang tak sabar nak join. Untuk maklumat lanjut anda boleh usha di sini www.shopee.com.my.

Banyak lagi sebenarnya promosi dan kempen yang super duper awesome dari Shopee bersempena Shopee 9.9 Online Day Shopping mereka kali ini. Nak tulis satu persatu memang sampai esok pun tak habis. Apa yang Abang Nara berani jamin ialah anda pasti akan gembira dan berpuas hati dengan segala tawaran yang diberikan.

Khas untuk pembaca setia Beautifulnara, anda boleh menebus aksesori dan pelbagai barangan lain seperti didalam gambar ini dengan harga RM0.99. Memang harga tak masuk akal beb.

NARA_Redemption-40

Nasihat Abang Nara, bersiap sedia di depan komputer dan sediakan wang secukupnya. Inilah peluang anda untuk mendapatkan segala apa yang diidamankan sepanjang tahun 2017 pada harga paling rendah. Maklumat lanjut layari. www.shopee.com.my Selamat membeli-belah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...