(8 FOTO) Sekitar Majlis Bersiram Serta Berinai Mawar Rashid Dan Raf Yaakob

Hiburan

(8 FOTO) Sekitar Majlis Bersiram Serta Berinai Mawar Rashid Dan Raf Yaakob

Bakal bernikah pada petang ini, semalam pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob sempat mengadakan majlis bersiram dan berinai. Mawar dan Raf bakal bernikah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Advertisement

Menerusi satu temu bual bersama Harian Metro, Mawar memberitahu beliau sudah tidak sabar untuk bergelar isteri dan mengharapkan majlis pernikahan beliau berjalan dengan lancar.

Saya sangat teruja dan gementar untuk melalui fasa baru dalam hidup. Tanggungjawab selepas ini tentunya lebih besar dan saya punya impian untuk bergelar isteri yang solehah. Saya berharap majlis pernikahan akan berjalan lancar. Sebenarnya saya lebih gementar berbanding Raf. Saya tanya kepadanya tidakkah dia gemuruh, dia kata tidak sabar untuk bergelar suami serta mahu susah dan senang bersama saya.

Mawar dan Raf kedua-duanya mempunyai darah campuran. Untuk malam berinai mereka memilih tema Thai manakala majlis pernikahan mereka hari ini mereka memutuskan untuk memilih tema Jawa Tradisional.

Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto sekitar majlis bersiram dan berinai Mawar dan Raf dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : project2pi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...