7 Lelaki Datang Pikat A.Aida Sejak Buka Tudung

Hiburan

7 Lelaki Datang Pikat A.Aida Sejak Buka Tudung

Selepas membuat kemunculan tanpa mengenakan hijab di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), baru-baru ini, penerbit terkenal Datuk A.Aida mendedahkan tujuh orang lelaki datang mahu memikatnya. Mempunyai tubuh badan yang langsing dan menawan, tidak hairanlah jika produser drama itu menjadi kegilaan ramai lelaki.

7 lelaki pikat a.aida

Advertisement

Namun, dia menolak kesemua lelaki itu kerana tidak memiliki kriteria yang diinginkan. Kata A.Aida jika hendak memikatnya, lelaki itu haruslah bertubuh sasa lengkap dengan ‘six pack’.

Selepas AJL hari tu ada tujuh orang yang datang mahu memikat tetapi saya tolak. Jika mahu berdampingan dengan saya, perlu ada six pack dan sado. Kalau boroi pergi jauh-jauh.

lelaki pikat a.aida

Saya belum bertemu pengganti. Kalau boleh saya mahukan lelaki yang sasa. Sekarang saya gembira dengan status solo. Tetapi tidak tahulah jika satu hari nanti Tuhan buka pintu hati saya.

Tidak menafikan keputusannya membuka tudung dikecam ramai tetapi A.Aida berasa gembira dengan penampilan terbarunya. Ramai memuji bentuk tubuhnya yang mantap dan raut wajahnya yang cantik hingga disamakan dengan penyanyi terkenal Hollywood, J-Lo.

Semua memuji penampilan saya. Setiap pagi saya mengamalkan kolagen, sarang burung, plasenta dan pelbagai lagi. Ramai mengatakan wajah saya seiras Kilafairy dan Tasha Shila, malah seperti J-Lo.

a.aida buka tudung

Fuh! Disamakan macam J-Lo sebab itu harus mencari pasangan yang sesuai dan ‘sado’, barulah secocok kan? Semakin laris nampaknya A.Aida, mungkin satu hari nanti akan ada lelaki berbadan sasa yang mampu memikatnya.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...