(7 FOTO) Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson Bertunang Di Perth

Hiburan

(7 FOTO) Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson Bertunang Di Perth

Kata orang cinta sejati itu tidak boleh diketahui bila ia akan datang, mula bergandingan dalam drama bersiri Curi-Curi Cinta, bibit percintaan mula timbul antara pasangan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson.

Advertisement

Perkenalan mereka agak singkat, tetapi Aiman sudah benar-benar menakluki hati Zahirah dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu. Majlis itu berlangsung  dengan cukup meriah di Perth, Australia.

Pasangan ini tampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan rona kuning cair. Terserlah rasa cinta dan bahagia di wajah mereka.

Kami di BeautifulNara ingin mengucapkan tahniah kepada Aiman dan Zahirah, semoga ikatan yang terbina ini akan berkekalan sehingga ke jenjang pelamin.

Lagi beberapa foto sekitar majlis pertunangan Aiman dan Zahirah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : Creative Chamber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...