63 Ekor Ayam Mati Sakit Jantung, Punca Muzik Kuat Dari Majlis Kahwin

Berita

63 Ekor Ayam Mati Sakit Jantung, Punca Muzik Kuat Dari Majlis Kahwin

63 ekor ayam dipercayai telah terkena serangan jantung akibat muzik yang terlalu kuat yang dimainkan dalam sebuah majlis perkahwinan di Bhubanewsar, India.

Harga satu
2 years ago

Harga Sayur-Sayuran Di Utara Alami Kenaikan Sebanyak 40 Hingga 200 Peratus

Advertisement

Pesta perkahwinan tradisional India itu dilaporkan telah mengadakan persembahan bunga api, tarian serta pancaragam dengan muzik bingit sehingga menakutkan ayam-ayam tersebut.

Pesta Kahwin IndiaSumber : Google  

Penternak, Ranjit Kumar Parida memaklumkan bahawa ayam-ayam kepunyaannya itu telah mati akibat muzik yang terlalu kuat pada tengah malam Ahad lalu.

Saya telah meminta kumpulan yang memainkan muzik itu unutk memperlahankan bunyi kerana terlalu bising dan menakutkan ayam-ayam saya.

Malah, kata Ranjit lagi, dia pula dimarahi tetamu yang hadir dalam pesta keramaian itu berikutan permintaannya untuk memperlahankan  muzik yang dimainkan mereka dalam majlis tersebut.

ayamSumber : Google  

Berikutan kematian binatang ternakannya itu, doktor veterinar telah memaklumkan Ranjit bahawa ayam-ayamnya telah mati akibat serangan sakit jantung.

Ranjit kemudian telah bertindak membuat laporan polis berikutan penganjur majlis perkahwinan itu enggan membayar pampasan di atas kematian 63 ekor ayamnya itu.

Pada akhirnya, kes itu berakhir dengan baik setelah kedua pihak berbincang dan pemilik ayam juga sudah menarik laporan polis yang telah dibuat, seperti yang dilaporkan Awani.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...