6 Tahun Bergantung Bateri Kereta Untuk Terangi Malam

Kehidupan

6 Tahun Bergantung Bateri Kereta Untuk Terangi Malam

PKP 2.0 ini jelasnya memberi kesan buat segelintir pihak. Disaat ada golongan yang serba mewah, ada juga yang hanya hidup berbelaskan ihsan.

Baru-baru ini sebuah keluarga di Kampung Lahar, Mukim Malau, dekat sini hanya bergantung kepada bateri kereta untuk memasang lampu bagi menerangi malam mereka sejak enam tahun lalu.

Advertisement

Penjual ikan yang dikenali sebagai Nazrin Shaari, 44 mengakui dia tidak mampu untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik kepada isteri dan tiga anak perempuannya akibat kekangan kewangan.

Menurutnya, kehidupan mereka sekeluarga semakin terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya mampu menjual ikan di hadapan rumah selepas tidak dibenarkan berniaga di pasar malam.

“Sebelum ini, kami tinggal di rumah ibu saya di Kampung Paya Tok Teh sebelum berpindah ke sini, namun masih belum ada kelengkapan elektrik kerana tidak mampu lagi untuk memasangnya biarpun tinggal di tepi jalan utama.

“Malah, telefon bimbit untuk anak belajar pun saya tumpang cas di rumah jiran memandangkan arus elektrik daripada bateri kereta tidak kuat. Selain itu, rumah kami pun tiada kipas,” katanya kepada Sinar Harian ketika menerima kunjungan Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhammad Arof Darus.

Susulan itu, Timbalan Pengarah Pembangunan Mara Kedah, Mohamad Khairuddin Mohd Asari dan Pegawai Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Kedah, Muhd Akmal Fawwaz Muhamad Ali.

Nazrin berkata, pendapatannya kini kian merosot dan hanya mampu meraih sekitar RM30 sahaja dalam tempoh PKP.

Advertisement

Sumber : Sinar

Dari kanan, Muhd Akmal Fawwaz dan Mohamad Khairuddin menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan YPM di Kampung Lahar, Mukim Malau, Jitra pada Isnin.

“Saya kini hanya dapat berniaga ikan di depan rumah. Dapatlah sikit duit untuk tampung kehidupan kami sekeluarga. Saya bersyukur kerana Pejabat Daerah Kubang Pasu, Mara dan YPM tampil membantu kami,”katanya.

Sementara itu, Muhammad Arof berkata, pihaknya akan membantu memasang pendawaian di rumah Nazrin dengan kerjasama Pusat Giat Mara Jerlun.

“Ini adalah salah satu usaha pihak kami untuk membantu keluarga tersebut. Pejabat Daerah Kubang Pasu akan menyediakan bahan-bahan pendawaian manakala kerja pemasangan akan dilakukan oleh Pusat Giat Mara Jerlun.

Pihak berwajib juga telah menghubungi TNB dan kos pemasangan elektrik pula akan ditampung oleh Yayasan Tenaga Nasional Berhad.

Dalam pada itu, Muhd Akmal Fawwaz pula berkata, anak bongsu Nazrin, Siti Nur Qistina yang berusia 11 tahun dijadikan sebagai anak angkat YPM bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit. Baik sungguh..

Tambahnya, jika diluluskan, Siti Nur Shahirah akan menerima bantuan bulanan daripada YPM.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...