6 Inspirasi Gaya Tudung Selebriti Yang Boleh Anda Tiru Di Pagi Aidilfitri

Hiburan

6 Inspirasi Gaya Tudung Selebriti Yang Boleh Anda Tiru Di Pagi Aidilfitri

Salah satu kerisauan, kemusykilan dan kebimbangan paling besar kaum Hawa di pagi Hari Raya Aidilfitri ialah gaya tudung mana yang perlu diapplikasikan. Fuh, jangan main-main bab pakai tudung nie. Bukan jenis tudung je ada beribu-ribu, malah “style” bertudung pun ada banyak sangat-sangat. Berdasarkan pemerhatian, kaum Hawa memerlukan sekurang-kurang 1 jam di hadapan cermin memastikan gaya tudung adalah bersesuaian dengan baju rayanya.

image

bergaya bergaya gak, tapi jangan sampai terlupa nak makan lemang, rendang dan sebagainya di pagi raya tue

Jadi untuk memudahkan anda di pagi Aidlifitri kelak, kami bawakan beberapa gaya tudung daripada para selebriti tanah air yang pastinya memberikan inspirasi kepada anda. Confirm akan ada satu dua gaya yang membuatkan anda tertarik. Ha, nanti bolehlah tiru dan gayakan di hari raya kelak. Confirm anda akan tampil jelita, menawan dan memukau seperti selebriti-selebriti ini.

Advertisement

1. Elfira Loy

image

image

Siapalah yang tak cair melihat keayuan wajah Elfira Loy apabila bertudung. Memang menyerlahkan lagi kelembutannya sebagai seorang wanita. Lagi sedap mata memandang kerana tudung yang digayakan menutup sehingga bahagian dadanya. Memang calon menantu pilihan.

2. Bella Dally

image

image

Bella Dally nyata bijak memilih warna tudung yang “matching” dengan baju rayanya, sekaligus menyerlahkan lagi kejelitaan wajahnya. Ingat ye, warna tudung amat penting. Pilih warna yang bersesuaian, tidak terlalu contrast dan paling penting, mempunyai kombinasi sempurna dengan busana raya anda.

3. Lin

image

Sepanjang bulan Syawal kelak, terutama di pagi Aidilfitri, segala gerak-geri dan penampilan kita akan diperhatikan. Tengah minum air/makan kuih pun orang akan ushar. Jadi kita kena sentiasa pastikan tudung sentiasa kemas, rapi dan mudah digayakan kembali. Sebab itulah Lin dari Flavettes Malaysia ini telah tampil membuatkan satu tutorial video cara paling mudah menggayakan tudung.

Memang sempoi kan cara pemakaian tudung yang ditunjukkan oleh Lin ini? 5 minit pun tak sampai untuk mendapatkan gaya yang mudah, selesa dan cepat di pagi Aidilfitri. Jangan lupa juga untuk amalkan pengambilan Flavettes Effervescent Glow untuk memastikan wajah anda ‘glowing’ sekaligus menambahkan lagi kejelitaan anda di bulan Syawal ini. Cara pengambilan Flavettes Effervescent Glow adalah amat mudah sekali. Anda hanya perlu larutkan 1 biji tablet ke dalam segelas air kosong setiap hari untuk mendapatkan impak yang maksima.

image

Dengan formula 3 dalam 1 yang baharu, Flavettes Effervescent Glow bukan sahaja mampu mencegah penuaan kulit, malah akan menjadikan wajah anda akan kelihatan lebih berseri-seri, badan lebih bertenaga dan kekal aktif sepanjang hari, walaupun sedang berpuasa. Ini kerana Flavettes mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan Glutathione yang menghindarkan radikal bebas dan membantu anda kekal sihat dan segar sepanjang masa. Flavettes Effervescent Glow boleh didapati di kedai-kedai seperti Watsons, Guardian dan juga Caring Pharmacy. Kunjungi Facebook Flavettes Malaysia untuk maklumat lanjut.

4. Neelofa

image

image

Kalau anda inginkan kelainan dan berani tampil unik, cubalah gaya turban dari Neelofa ini. Gaya ini menunjukkan bahawa anda seorang yang berani, bebas dan tidak gentar melaklukan perubahan. Pastinya anda akan menjadi tumpuan ramai di pagi Aidifitri kelak. Silap-silap terus bertemu jodoh dengna si dia. Hehehe.

5. Nurul Izzah

image

image

Tak lengkap rasanya jika tidak meletakkan gaya tudung Yang Berhormat Nurul Izzah sebagai inspirasi untuk kaum Hawa di luar sana. Gaya tudungnya begitu simple, mudah dan selesa menyerlahkan ciri-ciri seorang wanita yang penuh ketabahan, kecekalan dan mudah didampingi. Kalau pagi raya anda gayakan gaya tudung ini, confirm ramai yang akan datang meluahkan isi hati kepada anda.

6. Nur Fazura

image

image

Gulp. Untunglah Fattah Amin mendapat seorang isteri seperti Nur Fazura yang semakin menyerlah kejelitaannya apabila memakai tudung. Banyak gaya tudung yang cukup memikat digayakan oelh Fazura sepanjang bulan Ramadhan ini. Anda boleh tengok kesemuanya di Instagram pelakon ini dan pilih mana satu gaya yang sesuai dengan anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...