5 Tips Mudah Untuk Kekalkan Kesegaran & Kebersihan Badan Tanpa Perlu Pergi Ke Spa

Hiburan

5 Tips Mudah Untuk Kekalkan Kesegaran & Kebersihan Badan Tanpa Perlu Pergi Ke Spa

Badan dan kulit yang sentiasa segar, cergas, sihat dan berseri-seri adalah idaman setiap manusia. Memang susah nak dapat kekalkan kesegaran dan kebersihan kulit, lebih-lebih lagi dengan cuaca Malaysia yang panas sentiasa. Abang Nara pasti ramai di kalangan pembaca BeautifulNara yang selalu pergi ke spa untuk memanjakan diri. Iyerlah sekali sekala seronok juga apabila badan kita diurut, dilumur dan dibersihkan oleh mereka yang profesional.

Advertisement

Namun salah satu masalah besar apabila pergi ke spa ialah perbelanjaan besar yang perlu dikeluarkan. Sekali pergi makan ratus-ratus ringgit juga. Kalau sebulan pergi 2,3 kali, tak ke habis gaji? Tapi korang jangan risau. Sebenarnya mudah sahaja nak pastikan badan serta kulit kita sentiasa segar dan bersih. Meh sini Abang Nara kongsikan 5 tips mudah yang anda boleh praktikkan untuk mendapatkan badan dan kulit yang bersinar-sinar bak matahari;-

1. Tidur yang cukup

Untuk mendapatkan kondisi badan yang optimum, kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Namun biasalah apabila dah berkahwin, ada anak-anak kecil dan bekerjaya, memang sukar nak dapatkan tidur yang cukup. Apa yang Abang Nara selalu lakukan ialah ‘mencuri’ masa untuk tidur selama setengah jam sebelum sembahyang Zuhur. Keluar lunch awal-awal, jangan duduk borak lama-lama dengan kawan, dan terus naik ke pejabat/surau untuk tidur. Serius badan anda akan rasa segar bugar sepanjang hari jika mengamalkan tips ini.

2. Minum 8 gelas air kosong sehari

Pastikan setiap hari kena minum minimum 8 gelas air kosong sehari. Kalau nak lagi bagus, terus jangan minum air manis langsung. Amalkan minum air kosong je. Confirm korang akan nampak perubahan ketara pada badan dan kulit anda. Lain macam bersinar-sinar jadinya.

3. Amalkan tabiat untuk mandi setiap hari

Cuaca Malaysia yang panas dan pendedahan kepada debu, pencemaran serta kotoran memerlukan kita mandi setiap hari. Kalau tak memang rasa berlengas satu badan. Tak selesa dibuatnya. Selain daripada menyejukkan badan, banyak sebenarnya kelebihan mandi setiap hari. Antaranya:-

(i) Perlindungan daripada kuman

Mungkin ramai yang tidak tahu, setiap kali kita mandi, bukan sahaja daki dan kotoran akan hilang, malah bakteria dan kuman yang ada pada kulit kita akan turut dibasmi. Selain itu mandi juga turut sama membantu menghilangkan bau badan. Bau badan sebenarnya berlaku apabila kuman-kuman yang terdapat pada permukaan kulit menguraikan protein yang terdapat pada lapisan kulit dan peluh kepada asid.Sekiranya badan anda berbau kuat, jangan sekali-sekali “skip” mandi. Nanti tak ada orang nak kawan dengan anda sebab bau tengik sangat. Haa.. Kalau nak cari sabun yang boleh memberi perlindungan daripada kuman, tiada yang lain selain Dettol, jenama perlindungan daripada kuman yang telah dipercayai untuk generasi akan
memberikan kamu jaminan.

(ii) Melindungi kulit

Perubahan cuaca dan pencemaran yang semakin berleluasa menyebabkan kulit kita lebih terdedah kepada debu, kotoran dan kuman. Kalau tidak dibersihkan, ia akan menjadi punca kepada masalah kulit kerana kotoran dan minyak berkumpul dalam liang roma kita. Dettol Deep Cleanse Baharu dengan 100% bijian skrub mikro aprikot semulajadi di dalamnya, mampu membersihkan jauh ke dalam pori kulit untuk mengeluarkan daki dan kotoran. Jadi kulit kita akan bebas daripada sebarang ancaman kuman-kuman berbahaya.

(ii) Kelihatan lebih cantik berseri dengan kulit yang lebih licin

Dengan Dettol Deep Cleanse, kita tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan kulit yang licin. Setiap kali kita membasuh badan dengannya, bijian skrub mikro aprikot semulajadi di dalamnya membersih dan melembutkan kulit badan kita umpama mendapat rawatan di spa. Memang berbaloi-baloi sangat kan?

Pada pendapat Abang Nara, penggunaan sabun yang betul ketika mandi adalah sangat penting. Sebagai produk terbaru dan terkini. Dettol Deep Cleanse dengan 100% bijian skrub mikro aprikot semulajadi di dalamnya, bukan sahaja mampu menjaga dan membersihkan seluruh kulit kita sehingga ke ruang pori kulit kita, malah turut memastikan kulit bebas debu, kotoran dan kuman. Ia adalah antara pilihan terbaik di pasaran. Sekali dah cuba, pasti puas hati punya.

(turut tersedia dalam pilihan sabun buku)

Jenama Dettol sememangnya sudah sinonim dengan kualiti, keberkesanan dan juga kepakaran dalam melindungi kulit daripada ancaman kuman, debu dan kotoran Abang Nara seisi keluarga memang menggunakan sabun Dettol sejak dulu lagi. Baunya yang wangi, harganya yang berbaloi dan keberkesannya dalam membersihkan kulit membuatkan Abang Nara memilih Dettol. Confirm lepas ini Abang Nara akan cuba Dettol Deep Cleanse ini untuk mendapatkan kulit yang lebih lembut, bersih dan bebas kuman.

Maklumat lanjut tentang Dettol Deep Cleanse ini boleh dibaca di laman web Dettol dan juga di Facebook Dettol Malaysia.

4. Jangan hisap rokok

Merokok sememangnya membahayakan kesihatan. Selain daripada berisiko untuk mendapat kanser, merokok juga menyebabkan kulit anda nampak lebih tua berbanding usia. Banyak anasir-anasir jahat di dalam rokok yang membahayakan kulit anda. Sekiranya anda seorang perokok, cuba berhenti menghisap rokok untuk sebulan dua. Pasti anda akan nampak kesannya pada kulit.

5. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Tips yang ini Abang Nara agak sukar untuk lakukan. Diri ini memang tak boleh makan sayur-sayuran. Tetapi untuk dapatkan kulit yang cantik, badan yang sihat, buah-buahan dan sayur-sayuran memang amat penting. Di dalamnya ada banyak vitamin yang memberi kesegaran pada badan kita. Bak kata pepatah, ‘an apple a day, keep the doctor away’. jadi marilah kita mula mengamalkan pemakanan buah-buahan dan juga sayur-sayuran di dalam hidup kita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...