5 Tips Mudah Untuk Gadis Melayu Tampil Lebih Menarik & Menawan Di Khalayak Ramai

Hiburan

5 Tips Mudah Untuk Gadis Melayu Tampil Lebih Menarik & Menawan Di Khalayak Ramai

Apabila berbicara tentang gadis Melayu, perkara pertama yang Abang Nara akan terbayang ialah lagu Gadis Melayu nyanyian Jamal Abdillah. Liriknya yang berbunyi “siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat” membuktikan gadis-gadis Melayu ada daya tarikan yang tersendiri. Namun kebiasaannya sikap pemalu gadis Melayu membuatkan kecantikan dan keayuan mereka tidak menyerlah terutamanya ketika berada di khalayak ramai. Tetapi gadis Melayu ini memang ada keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Sebab itulah Abang Nara jatuh cinta dengan wife dan berkahwin dengannya. The power of Gadis Melayu.

(sekali dia renung, memang boleh cair dibuatnya. Kredit gambar: Hiveminer)

 

Advertisement

Borak-borak dengan wife tercinta, dia mengakui yang gadis Melayu ini ramai yang pemalu dan suka control ayu ketika berada di khalayak ramai. Semuanya berpunca daripada kurang keyakinan diri dengan kecantikan sendiri. Jadi Abang Nara tanyalah wife kot-kot dia ada tips untuk dikongsikan bagi gadis-gadis Melayu ini tampil mencuri perhatian ketika berada di tempat yang ramai orang. Ini beberapa tips mudah daripada wife Abang Nara:-

1. Tunjukkan keyakinan diri anda

Apabila berjumpa dengan kawan baru, berada di majlis keramaian, kenduri kahwin dan sebagainya, jangan anda duduk terperosok di meja paling tepi dan makan seorang diri. Jangan jadi macam itu. Tunjukkan yang anda mempunyai confidence dengan diri anda. Duduk di kerusi paling kosong berdekatan dan terus tegur mereka yang bersebelah dengan anda. Lelaki suka dengan perempuan yang confidence. Lebih-lebih lagi dengan gadis yang melakukan langkah pertama untuk berkenalan. Seksi beb!!!

2. Senyum dengan ikhlas bila orang pandang kita

Kesilapan yang sering dilakukan oleh gadis Melayu apabila di”ushar” oleh orang lain ialah cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain dan juga buat-buat macam tak perasan kena ushar. Tak pun buat muka masam kelat sampai orang lain takut jadinya. Anda tak rugi apa-apa pun jika membalas pandangan tersebut dengan senyuman. Ia akan memberi tanggapan bahawa anda seorang yang mesra, mudah didekati dan peramah. Jadi orang lebih berani mendekati, berkawan dengan anda sekaligus menjadikan anda centre of attraction.

(jangan segan nak senyum lebih-lebih lagi kalau anda ada lesung pipit macam Wawa Zainal. Comel beb!!!)

3. Serlahkan kejelitaan mata anda

Menurut wife Abang Nara, ramai gadis Melayu yang tidak menggunakan salah satu kelebihan mereka untuk mencuri perhatian. Bagi wife Abang Nara, mata gadis Melayu amat-amat memikat dan mampu menyerlahkan kejelitaan seseorang. Mana taknya, mata gadis Melayu bulat, berwarna hitam pekat dan dilengkapkan dengan bulu mata yang lebat.

(dari mata turun ke hati. Dap dup dap jantungku)

Sayangnya jarang gadis Melayu menggunakan kelebihan pada mata mereka untuk menyerlahkan lagi kejelitaan yang sedia ada. Kebiasaannya dibiarkan sahaja bulu mata yang lebat itu jatuh menutupi mata sehingga membuatkan macam mereka nampak mengantuk. Kecantikan mata yang hitam pekat dan bulat itu ditutupi oleh bulu-bulu mata yang lentur ke bawah. Tapi jangan risau. Wife Abang Nara ada kongsikan penyelesaian untuk masalah ini:-

Memperkenalkan THE FACE SHOP 2-in-1 Curling Mascara yang pasti akan melentikkan bulu mata sekaligus menyerlahkan kejelitaan mata anda yang selama ini tersorok. Inilah senjata yang digunakan oleh wife Abang Nara untuk menyerlahkan kecantikan matanya. Hanya 2 langkah sahaja yang perlu dilakukan untuk mendapatkan bulu mata sempurna yang akan bertahan selama 24 jam. Langkah-langkahnya ialah:-

1. Gunakan Power Big Brush THE FACE SHOP 2-in-1 Curling Maskara untuk menaikkan bulu mata anda secara keseluruhan.

2. Gunakan Super Slim Brush THE FACE SHOP 2-in-1 Curling Maskara untuk memastikan setiap helaian bulu mata anda dilentikkan satu persatu. Dengan berus ini, confirm tak ada satu pun bulu mata yang tidak terlentik.

Kedua-dua berus THE FACE SHOP 2-in-1 Curling Mascara ini mempunyai “ultra curling effect” dan juga “extra hold effect” bagi memastikan bulu mata anda betul-betul terangkat naik ke atas dan kekal lentik sepanjang hari. Maksudnya sehari guna sekali dah cukup. Tak perlu nak tengok cermin 2,3 kali nak lentikkan kembali bulu mata anda. One tme is enough. Tak caya? Tengok video kat bawah ini.

Sekarang ini tengah ada promosi THE FACE SHOP 2-in-1 Curling Mascara yang boleh dibeli di www.thefaceshop.com.my. Bermula 4 September lalu sehingga 12 Oktober kelak, dengan setiap pembelian Curling Mascara anda akan mendapat Melting Lip Creamer dari THE FACE SHOP secara percuma. Selain itu kalau beli banyak-banyak, boleh dapat diskaun sehingga 15%. Bolehlah hadiahkan kat adik-beradik, mak tercinta dan juga sepupu sepapat.

Jadi selepas ini dengan THE FACE SHOP 2-in-1 Curling Mascara, kecantikan mata anda akan lebih terserlah dan pastinya membuatkan anda tampak lebih menarik dan menawan ketika berada di khalayak ramai. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Silap-silap boleh dapat calon suami terus lepas guna Curling Mascara dari THE FACE SHOP ini. Maklumat lanjut boleh baca di www.thefaceshop.com.my. Wife Abang Nara dah akui memang hebat kesan mascara THE FACE SHOP ini. Sekali guna, confirm puas hati dan tak cari mascara lain dah. Impaknya memang awesome pada mata anda.

4. Tunjukkan kemesraan anda

Bila ada orang yang tidak dikenali mendekati anda dan memulakan perbualan, janganlah jawap sekadar sepatah dua. Jangan juga sekadar jawap “ya” atau “tidak”. Tunjukkan kemesraan anda. Tak salah untuk berborak selagi anda tidak melampaui batas. Banyakkan juga bertanya untuk keep the conversation going. Jangan hanya sebelah pihak sahaja yang nampak bersungguh-sungguh untuk memulakan perkenalan.

5. Jadi diri anda sendiri

Last but not least, jadilah diri anda sendiri. Anda akan lebih yakin dan tampak menarik sekiranya menampilkan perwatakan anda yang unik itu. Jangan cuba menjadi orang lain. Lagipun ia tidak berbaloi untuk menjadi orang lain semata-mata hanya untuk menjadi perhatian orang ramai.

Itu 5 tips mudah daripada wife Abang Nara untuk anda semua yang ingin tampak lebih yakin dan menarik di khalayak ramai. Cubalah satu persatu. Jangan pula terburu-buru nak buat semuanya sekaligus. Boleh bermula dengan mencantikkan mata anda menggunakan THE FACE SHOP 2-in-1 Curling Mascara. Lepas tue slow-slow amalkan tips yang lain pula. Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...