5 Tips Asas Ini Pasti Akan Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Anda Sekelip Mata

Hiburan

5 Tips Asas Ini Pasti Akan Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Anda Sekelip Mata

Kemahiran berkomunikasi atau dalam bahasa omputihnya “communication skill” adalah satu perkara yang sering dipandang mudah oleh orang ramai. Abang Nara percaya ramai antara kita yang beranggapan “alah setakat nak cakap dengan orang lain je, takkan itu pun nak kena belajar kot?”. Ish,ish,ish. Memang silap besarlah kalau anda berfikiran sebegini.

image

Advertisement

Kemahiran berkomunikasi adalah salah satu elemen terpenting dalam kehidupan seharian, lebih-lebih kalau kita sedang dalam proses nak cari kerja (pergi interview), sudah bekerja dalam sesebuah syarikat, dah berkahwin (komunikasi dengan pasangan pun sangat penting tau) ataupun kita ada syarikat sendiri dan perlu uruskan pekerja-pekerja. Pendek kata, everything in this life perlukan kemahiran berkomunikasi. Sayangnya ramai yang tak tahu pun perkara-perkara asas ketika berkomunikasi dengan orang lain.

image

Jadi di pagi yang indah ini, izinkan Abang Nara berkongsi 5 tips asas kemahiran berkomunikasi yang perlu anda tahu dan amalkan. Abang Nara berani jamin lepas korang praktikkan kelima-lima tips mudah ini, communication skill korang akan meningkat naik sekelip mata. Tips-tipsnya ialah:-

1. Eye contact

image

Rakyat Malaysia ini sememangnya dilahirkan pemalu. Sampaikan masa bercakap pun segan nak tengok mata orang lain. Masing-masing tundukkan pandangan, pandang kiri kanan atas bawah, buat-buat tengok jam dan sebagainya. Sayangnya ini adalah satu teknik yang salah terutamanya jika anda pergi interview kerja. Eye contact merupakan perkara WAJIB ketika berkomunikasi kerana ia menunjukkan keyakinan diri kita dan membawa maksud kita sedang fokus 100% terhadap perbualan yang sedang berlangsung. Tapi janganlah sampai terjojol biji mata tu semata-mata nak eye contact. Keep it moderate.

2. Guna bahasa yang betul ketika menghantar email

image

Komunikasi bukan sahaja terhad kepada percakapan semata-mata. Kemahiran menulis juga merupakan salah satu medium komunikasi. Rata-rata anak muda zaman sekarang ini memang kekurangan adab apabila menulis email minta kerja, hantar resume, nak minta pertolongan dari orang atasan dan sebagainya. Meh sini Abang Nara sertakan contoh email minta kerja yang pernah viral untuk korang tahu betapa kroniknya kelemahan kemahiran berkomunikasi budak-budak zaman sekarang.

image

image

Senang je sebenarnya nak tulis email yang betul dan tepat. Perkara pertama ialah gunakan bahasa formal. Perkara kedua, jangan guna singkatan seperti “sy=saya”, “utk=untuk” dan “Tk=terima kasih”. Ketiga, pastikan beri mukadimah sikit dan perkenalkan diri. Keempat, ucap terima kasih sebagai penutup. Itu sahaja. Mudah kan? Di bawah ialah contoh email minta kerja yang bagus.

image

image

3. Jangan guna bahasa kawan-kawan untuk semua orang

image

Satu lagi kesilapan yang sering dilakukan ialah menggunakan bahasa yang kita gunakan dengan kawan-kawan terhadap orang lain. Padahal kita baru first time jumpa orang tersebut. Selalunya kita akan terus “bro” kan orang tu. Contoh ayat yang harus dielakkan ialah “yo bro, nice to meet you. Nampak stylo la kau bro”. Dengan member-member rapat bolehlah guna ayat macam tu. Lagi parah kalau korang guna ayat-ayat sebegini dengan boss, tukang interview kerja dan klien. Apa salahnya gunakan bahasa formal seperti “apa khabar tuan? Bagaimana dengan status projek kita?”. Kan nampak lebih beradab dan sopan tu.

4. Amalkan penerangan yang simple, tepat dan straight to the point

image

Tak kira sama ada memberi penerangan dalam bentuk email, pembentangan atau ketika bermesyuarat, maklumat yang ingin disampaikan haruslah diberitahu dengan cara yang simple, tepat dan mudah difahami. Tak perlu nak goreng panjang-panjang. Straight to the point je. Masa dapat dijimatkan dan semua orang pun boleh kembali buat kerja masing-masing.

5. Jadilah pendengar yang baik

image

Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi bukanlah bermakna kita harus bercakap sepanjang masa. Sekali-sekala kita harus menjadi pendengar yang baik. Contohnya masa belajar berkumpulan atau buat group projek, kita harus bersedia mendengar idea dan pendapat daripada rakan-rakan kita. Jangan hanya kita seorang sahaja yang bercakap, sekaligus membuatkan rakan-rakan kurang senang dengan sikap kita. Sama juga ketika bekerja, kita perlu belajar menjadi pendengar yang bagus terutama ketika bermesyuarat agar kita boleh mengambil tindakan yang sewajarnya selepas selesai mesyuarat.

image

Ini baru 5 tips mudah yang boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi anda. Sebenarnya banyak lagi perkara tentang komunikasi yang anda boleh pelajari, lebih-lebih lagi jika anda menyambung pelajaran di Taylor’s University menerusi bidang komunikasi. Antara kursus komunikasi yang ditawarkan di Taylor’s University ialah dvertising, Broadcasting, Event Management, Journalism, Marketing dan Public Relations. Abang Nara pun rasa teruja nak belajar apabila membaca testimonial daripada pelajar-pelajar Taylor’s University.

image

Banyak kelebihan melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi di Taylor’s University ini. Fasilitinya sudah tentu world class, ijazahnya diiktiraf di peringkat antarabangsa, boleh dapat dua sijil satu dari Taylor’s University and satu lagi dari University of West of England (UWE), Bristol UK, boleh belajar final year di England, bekerja dengan klien buat projek yang sebenar, dan banyak lagilah. Senang cakap, kalau korang belajar di sini, confirm korang akan jadi pakar dalam bidang komunikasi.

image

Jadi tunggu apa lagi? Layari laman rasmi Taylors University untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini. Selamat menimba ilmu.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...